Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Allah pinjamkan nyawa dan upaya untuk meneruskan hidup dengan sempurnanya seorang manusia dengan kekurangan yang Allah kurniakan.
Nampak tak tajuk kat atas tu??? hehehe..jom, belajar mengaji.
Seronok belajar mengaji. Tak kiralah umur kita berapa tahun pun, meh la kita belajar mengaji sama-sama. Mengaji perlukan guru untuk kita betulkan bacaan, betulkan apa yang salah pada bacaan kita.
Quran digital
Sekarang, macam-macam jenis quran digital dah dijual untuk mudahkan kita belajar mengaji. Tetapi, pendapat peribadiku bahawa, quran digital itu boleh digunakan sebagai rujukan sekiranya kita memang dah boleh membaca. Sebab quran digital tu tak boleh tegur kita kalau kita salah masa membaca. Tapi, kalau kita nak semak, nak dengar lenggok qari tu baca, nak lancarkan bacaan kita mungkinla sesuai. Cuma, jangan bergantung penuh pada pada quran digital. Tapi, aku sokong penuh quran digital ni sebagai salah satu cara untuk lebih dekat dengan quran. Maklum la kan, dah zaman teknologi.
Kata sorang akak kat sekolah, sekarang, orang baca yassin pun dah tak bawa yassin dah. Bawak je tab. Ha, ambik. Senang dan mudah dan efisyen dan macam-macam lagi. Dalam bas pun boleh baca quran. Aku ingat lagi masa tengah tunggu di di stesen bas, ada sorang akak sebelah aku bukak tab. Aku jeling sikit. Tab besar ok. Dia mengundang jugak untuk aku dan orang sekeliling untuk melihat. Dan, tara....ayatul quran....siap ada tafsir la kan.. Ha, tengok, teknologi kalau dimanfaatkan pada jalan kebaikan sangatlah berguna untuk ummat.
Ok, back to school.. hehehe..kembali pada tajuk.
Kebanyakan tempat belajar mengaji yang aku dengar daripada kawan-kawan, ustaz ustazah akan mengulang ke iqra' untuk pelajar dan lemah. Tak kiralah umur dah berapa tahun pun. Malahan, ada juga tempat belajar mengaji yang memang mulakan dengan iqra'. Aku sangat lah menyokong penuh cara ni sebab nak kenalkan semula pelajar dengan huruf dan dengan sebutan yang betul. Sebab, ada jugak orang yang dah naik quran tapi sebutannya masih lemah. Jadinya, diturunkan kepada iqra' atau muqaddam.
Yang aku nak tekankan ialah, tak perlulah rasa malu segan silu bila kita berada di tahap yang rendah pada permulaan pengajian quran walaupun umur dah puluh tahun. Ada pulak yang malu hingga tak nak belajar. Ha, ni kes parah. Malu tapi tak nak belajar. Dah macam mana nak tahu kalau tak belajar? Segan la, dah tua-tua ni baru baca iqra, baru nak belajar ngaji.. Huhuhu... sudah lah, masa yang dah lepas dulu bukan boleh ulang balik. Bukan boleh ulang umur 12 tahun tu pun tuk pergi jumpa ustaz, ustazah. Entah ke, kalau ulang masa umur tu pun kita duk syiukkkkkk nak main galah panjang, tengteng, panjat pokok, mandi sungai.. hehehe.. jadinya, teruskan je masa yang ada ni, gunakan masa yang ada ni tuk belajar mengaji.
Soalan
1) Macam mana nak bagi dapat baca ayat tu panjang sikit? (Kes tak cukup nafas)
Kalau memang kita semput, kita boleh ambik ayat pendek-pendek. Ayat yang boleh kita ambik ayat tu pendek-pendek la. Kalau yang tanda Lam alif kecik tu memang tak boleh berhenti. Yang tanda titik 3 tu berhenti kat salah satu. Tapi, untuk kes yang kita tak semput, tapi macam tak reti nak baca ayat tu panjang.
Caranya : Masa mula-mula nak baca ayat tu, tarik nafas dan masa nak baca jangan terus lepas nafas tu. Lepaskan nafas perlahan-lahan masa membaca.
2) Tang tajwid
Hehehe..yang ni kena study. Hukum nun sakinah (nun mati), mim sakinah (mim mati), tanwin, alif lam, nun ziyadah (tambahan nun).
Caranya: Belajar secara berperingkat tetapi berterusan. Kalau hukum asas yang 5 tu mungkin mudah. Tapi untuk hukum mim sakinah, ia agak banyak tetapi kebanyakkannya (dalam hukum mim sakinah), bila kita membaca kita dapat baca dengan betul. insya-allah dengan berguru walaupun kita tak tahu hukum tu. Tapi lebih baik kita tahu untuk ilmu.. Kena hafal sikit la yang tajwid ni. Tak susah. Cari guru. Insya-allah pastinya mudah.
Sekarang dah banyak tempat-tempat belajar mengaji. Ada yang berbayar, ada jugak yang tak kena bayar.
3) Macam mana nak baca bagi laju sikit.
Hehe.. yang ini perlu kepada fokus. Masa baca quran mana boleh main-main. Kena cubit dengan ustazah tu nanti. Fokus mata dan pentingnya kita menunjukkan ayat, tempat yang sedang kita baca dengan jari/ pen/ pensil/ pembaris atau apa-apa alat yang sesuai untuk digunakan sebagai penunjuk. Ok, masa kita baca ayat tu, kita tunjuk dengan pen dan mata kena melihat secara menyeluruh baris ayat yang kita baca. Cubalah. Macam bila kita baca surat khabar, kita tengok kalimah yang satu tu je atau kita tengok pada keseluruhan ayat/ keseluruhan baris tersebut? Aku rasa, korang tak tengok satu perkataan tu je. Mesti mata dah tengok baris ayat tu. Jadinya, sama jugak dalam pengajian pembacaan alquran.
Mesti ada yang kata surat khabar tu bahasa melayu? Quran ni bahasa arab, aku tak reti bahasa arab.
Ha, inilah mukjizat alquran. Hebatnya Allah ciptakan kita alquran dalam bahasa arab yang sangat unik. Walaupun kita tak pandai bahasa arab, kita boleh membaca dengan sebutan yang betul dan lancar dengan syarat, baca hari-hari. Istiqomah, konsisten. Kalimah, ayat dalam quran makin kita baca, makin kita seronok nak baca. Syaitan yang kacau kita buat kita rasa tak syiukkkk nak baca qur'an. Lawan nafsu yang tak baik tu dan bacalah alquran selalu. Dengan itu, kita akan dapat praktikkan untuk membaca alquran dengan lebih lancar, laju dan betul. Bukan suruh 'lari tak cukup tanah'. Cuma ada setengah orang lambat sangat baca padahal dah betul dah bacaannya. Jadinya, teruskan usaha ok.
4) Macam mana nak baca berlagu/bertarannum?
Maaf, untuk soalan ni, aku cuma boleh bagi jawapan untuk korang pergi jumpa ustaz ustazah yang tahu bab tarannum. Diaorang boleh ajar dengan lebih terperinci pastinya. Pada masa yang sama, dengar bacaan-bacaan daripada para qari qari'ah yang hebat dalam bidang ni.
Hem, ini dulu kot perkongsian takat ni. Harap dapat membantu dan seronoklah untuk mengaji alquran. Jangan jadikan alquran itu hiasan hantara kahwin semata. Jangan jadikan alquran itu pemenuh rak buku semata. Jangan biarkan alquran itu terbiar berhabuk berkepuk di atas almari tidak dibuka.
Selagi masih sempat, selagi ada usia, berapa pun angka kita, janganlah malu untuk cari guru belajar mengaji jika kita tidak tahu. Yang tahu, sebarkan ilmu. Kita cari redha Allah, dan salah satu caranya ialah membaca alquran. Alquran itu kitab cinta kita. Ayat-ayat cinta yang Allah sampaikan pada kita. Allah sayang kita. Take your time to read alquran everyday. Satu ayat satu hari pun cukup, asalkan hari-hari. Dan kalau dan bertahun, tak kan nak baca satu ayat lagi kan. Cuba pulak satu muka.
Ok..jom kita belajar mengaji. Meh, kita pergi sama-sama.
Ops, sekejap. UIA ada buka kelas untuk umum. Cer bukak laman web
http://www.iium.edu.my/ifla/courses/tilawah-al-quran-public
ni cerita pengalamannya http://ajimie.blogspot.com/2008/08/belajar-al-quran-untuk-dewasa-di-uia.html
http://www.iium.edu.my/ifla/courses/tilawah-al-quran-public
ni cerita pengalamannya http://ajimie.blogspot.com/2008/08/belajar-al-quran-untuk-dewasa-di-uia.html
USIM
http://www.usim.edu.my/ms/akademik-info-kemasukan/sepanjang-hayat/kursus-yang-ditawarkan
http://www.usim.edu.my/ms/akademik-info-kemasukan/sepanjang-hayat/kursus-yang-ditawarkan
TQ...perkongsian ilmu yang bermanfaat...tu la kan...kekadang bila baca, terbabas gak nih kalau tak diberi perhatian...:)
ReplyDeletesama berkongsi..sikit je ilmu ni..time terperasan salah boleh ulang semula..tapi kadang2 ada jugak kalimah yang macam konpius tu, tu yg semak bacaan qari ke tanya org lain..
ReplyDeleteTerima kasih atas sharing yang bermanfaat ni. Saya setuju sangat yang nak belajar al-Quran nijangan rasa malu dan segan walaupun kita dah berumur. Kalau malau sampai bila pun takkan boleh.:-).
ReplyDelete-Hairul Musa-
https://mampumengaji.com/