mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Monday, 7 April 2014

ujian kesabaran dan kesyukuran

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..

Ingatkan diriku sendiri bahawa syukur bukan hanya bila Allah beri nikmat tetapi lebih hebat lagi seorang hamba Allah itu bilamana dia masih mampu tersenyum dan mengucap alhamdulllah saat ujian diberikan kepadanya.

Lazimnya manusia, bila diuji, kita akan terus mengeluarkan kata-kata yang negatif dan sikap kita juga mula berubah. Kita mungkin jadi mudah marah. Barang-barang atas meja yang elok tersusun habis diselerakkan.  Padahal barang tu tak salah pun. Plak, kalau yang jenis suka baling-baling telefon bimbit segala. Huntunglah boleh beli baru kan???

Sukar sebenarnya untuk kita mengucap terus alhamdulillah bila Allah uji kita, tetapi boleh. Sukar bukan bermaksud tidak dapat dilakukan. Ia boleh dilaksana dengan azam, peringatan pada diri, menjaga hubungan dengan Allah. Kita manusia yang Allah beri macam-macam rasa, dan kerana kita ada Allah juga makanya kita boleh lakukan perkara itu. Cubalah. Mengucap alhamdulillah saat terima ujian, mengukir senyum. Pasti akan terbit aura positif. Mengadulah pada Allah bila mana kita sangat sedih, sangat rasa tak kuat dengan ujian itu. Allah tahu. Allah ada tengok kita.

Look. Allah beri ujian pada kita, dan Allah sedang lihat kita. Tapi pada masa Allah lihat kita tu, apa kita buat? Kita terus hanyut dengan kelekaan kita? Masih terus tak nak solat, tak nak tutup aurat, masih suka tinggikan suara dengan mak ayah, masih melepak dengan kawan-kawan, masih buat perkara yang tak berfaedah. Macam tu ke kita bila kita terima ujian. Allah tengah tengok kita, tapi kita dekkkkkk je..

Masa ujian itu datang, Allah 'sentuh' kita, sedarkan kita tentang Allah. Tentang segalanya. Tentang Allah pemilik dunia ni, pemilik kita, pemilik apa yang kita ada yang sebenarnya pinjaman daripada Allah. Allah sedarkan kita yang kita perlukan Allah, Allah sedarkan kita yang kita sudah lama sangat leka dengan indahnya dunia yang sementara. Allah bagitahu kita. Kenapa kita tak nak dengar lagi????

Bila susah ingat Allah, bila senang lupa Allah. Ini la sikap kebanyakan manusia sebab Allah ada cakap dalam ayat-ayat cintanya bahawa.."terlalu sedikit hambaKU yang bersyukur" (As-saba':13)


Kita cuba sentiasa perbaiki diri. Menjadi hamba Allah yang bersyukur sangat susah dan senang. Menjadi hamba yang sabar bila diuji, menjadi hamba yang bersyukur saat nikmat diberi. Sabar dan syukur itu dua gabungan yang hebat.

Kita cuba sama-sama. Hidup tak nama hidup kalau tak diuji. Dan kita akan terus teruji selagi mana kita pinjam nyawa ni daripada Allah.. ini dua ayat motivasi yang saya cuba hadam bila ada masanya saya keletihan..dan sebenarnya ada orang lain yang lebih hebat ujiannya. Makanya, kembalila kepada Allah.

Allah ciptakan seluas alam ni dengan mudah dan tak sukar untuk Allah mudahkan ujian itu untuk kita, tak susah untuk Allah keluarkan kita daripada ujian itu tetapi kita lah dulu yang mesti kembali kepada Allah untuk mendapat jalan keluar itu. Allah akan beri. Minta pada Allah. Usaha banyak cara, doa berterusan, tawakal dan yakin pada Allah seiringan selalu..Rahmat Allah di mana-mana..syukur dan sabar..

2 comments:

  1. Alhamdulillah3x...nice artikel...teruskan....like n like...:)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..trima kasih kak..;)

    ReplyDelete