mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Friday, 23 May 2014

Rakyat biasa

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..
sorry, ini bukan blog politik. Ini bukan blog untuk sokong itu, sokong ini.
Bukan juga untuk meraih pembaca blog ni. Seyesly, korang tak payah baca pun..
Cuma aku nak menulis...sekali sekala menyedarkan diri yang aku rakyat biasa..hekhek

Dulu...

Panda? 
Comel.
That the first word come out.

Tapi sekarang..
Panda?
10 juta? Kenapa panda? Perlu ke panda? bla bla bla...

Aku pun macam korang jugak, perlu sangat ke panda tu dengan harga begitu, bla bla bla..dan kemudian, aku tak le terus nak post kat fb, hentam orang tu, hentam orang ni, letak gambar itu, gambar ini..sebab, aku takut la aku pulak kena hentam ke kena saman ke..hehehe.. pastu aku ada baca kat fb Saiful Nang.

Terpulang la pada korang kan...

Hem, untuk keluarga aku kalau masuk bab politik ni kena hati-hati sebab ada dua kumpulan. Haha..janganlah sebab politik, keluarga berpecah belah. Memang kadang tak faham, "macam mana ko boleh pk macam tu?" "Dah, yang ko boleh fikir macam tu ko ingat aku tak pelik ke? Tak nampak lagi ke?"

Ha, kalau dah masuk darjah kepanasan semkin tinggi, salah satu pihak, baiklah berdiam. Diam bukan kalah. But, to keep the stable relation between kakak, adik, abang. Ipar duai segala...hehehe.

Politik membuka minda sebenarnya jika kita boleh duduk berdebat dengan cara yang berhikmah. Malahan, mungkin dapat menyelesaikan banyak perkara. Namun, perlu ingat, sebaiknya ialah kita perlu menjauhi perdebatan sekiranya perdebatan itu hanya membawa kepada perpecahan, dan berdebat dengan bukan orangnya. Lebih baik sekiranya perdebatan itu dalam ruang lingkup perbincangan.

Alkisahnya, politik->kuasa. Kuasa okey kuasa. Orang putih mata dengan kuasa ni. Keadaan sebelum berkuasa dan keadaan selepas berkuasa itu sangat berbeza kalau tak letak Allah betul betul dalam hati.
 
Korang yang tak berkuasa boleh la cakap. "Kalau aku la, aku buat macam ni..salah cara dia tu." Dan ayat-ayat seumpamanya...Banyak-banyak la kita muhasabah diri kita..Menegur orang yang salah dengan cara hikmah dan tidak lelah menegur. Masalah kita ialah.. kita tegur orang buat salah dan kita nak dia ikut teguran kita. Dah tu nak orang tu terima/berubah on the spot. Ingat senang ke orang tu nak terima bulat-bulat cakap kita bila kita cakap tak berhikmah, cakap tak serupa bikin? 

Betul la, hati orang, kadang kalau hati dah degil, cakap la macam mana pun bukan nak makan saman. Ye dok? But then, bila korang nak seru kebaikan, kebenaran itulah dia. Tak leh putus asa. Allah tak tengok hasil, tapi usaha. Allah tahu niat kita..

Bila dah jadi pemimpin, dah dipilih jadi pemimpin tu maksudnya banyak hal kena ambil berat. Bukan hanya nama, kuasa, kedudukan, wang semata. Yang sedihnya, itu lah yang menjadi keutamaan kebanyakan pemimpin. Baik belah sana, belah sini, belah situ, ha, belah mana lagi?

Bukan tak de pemimpin yang betul-betul berhati suci membantu rakyat biasa ni..tapi alahai, berapa orang sangat la ye? Masing-masing ada pemimpin kawasan masing-masing. Ha, cer tengok pemimpin yang kita pilih tu. Untuk tempat aku?????
jeng jeng jeng....

Dan kemudian, kita juga pemimpin untuk diri kita. Ke mana kita nak bawak diri kita ni? Okey, yang ini tajuk lain nanti.. yang penting, kita sebagai rakyat, walaupun rakyat biasa, kita ada kuasa luar biasa.hehehe.





Thursday, 22 May 2014

Pesta bola dan ramadhan

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Alhamdulillah..selamat pergi dan pulang dari sekolah hari ni.. hehehe..alhamdulillah sangat..
Wa..korang tau tak lagi berapa hari nak puasa???? 

37 hari ok..

Ok, saya mengaku saya tengok di fb je..ada post countdown ramadhan.. daripada korang countdown bola tu kan..hekhek...mesti orang minat bola marah aku..larikkkk...

tak salah pun korang nak minat bola tu, nak sorak pasukan korang (eh, pasukan korang ke? hakhak).. tapi kena beringat.. jangan la duk tengok bola tu sampai lupa solat, mengaji, anak isteri. Isteri merengek-rengek mintak manja, yang suami buat dek je.. anak dah menangis mintak papa bertarung dengan dia jadi keluang man, si papa buat beku hadap manchester lawan .....haha..failed bab bola... hakhak...

Okeh, jadinya, beringat la sikit kalau tengok bola tu. Ingat sikit beras dah nak habis, lampin anak dah tinggal sekeping. Isteri tu bila tengok suami dia dah 'khusyu' depan tv, kadang nak kacau pun risau. Nak bagitahu berita penting pun tak jadi dek takut terganggu konsenstrasi suami. At least sebelum hadap bola tu, hadap anak isteri dulu. Jap, hadap Allah dah tentu ok. Jangan buat-buat lupa. Alang-alang dapat tahajjud ke..ha kan, tak ke untung tu. Di samping menambahkan skilll main bola..

K, back to stoly.. sebelum hadap bola tu, hadap isteri, anak..Cium dulu anak-anak yang dah masuk tidur tu. Sambil baca selawat, doa' moga jadi anak soleh. moga tak ikut perangai ayah dia yang suka tengok bola lewat malam tu.. hehehe.. Story kisah-kisah pemuda islam yang hebat berperang menentang orang kafir yang memerangi islam. Wah, kan syok tu. Anak pun boleh bangga sikit dapat ayah cam tu. Hero. Walaupun bukan ayah dia yang pergi berperang tu tapi dek gaya bercerita tu yang pernah dapat nombor satu pertandingan bercerita peringkat sekolah rendah, anak pun konfiden. Nak jadi hebat jugak macam Umar, macam Thoriq..

Ngadap jugak isteri yang dah letih seharian, yang dah mengantuk nak tidur tapi si suami tak de pulak di sisi..ada di depan tv..huhu..cian isteri dia..tanya-tanyalah apa yang patut pada isteri tu..korang dah kahwin korang lagi tahu..Tapi aku tak tahu la takat mana keseriusan orang gila bola hingga lupa anak isteri. 

Pendapat aku secara peribadinya, aku rasa tak patut berlaku kot benda macam tu..Memangla bola tu cuma beberapa tahun sekali, tapi yang sekali tu la kadang buat orang jadi 'gelong'..huhu..berpada-padalah ye wahai suami sekalian...i wonder if woman(wife) yang interested sangat dengan bola hingga lupa rumahtangga..ada ke? Kalau ada pun, mungkin sebab husband dia pun kaki bola jugakkan..

But then, beringat lah...Ramadhan yang setahun sekali ni, yang perlu lebih kita raikan, yang menjadi bulan kemuliaan bagi kita sebagai orang islam, jangan kita cemarkan dengan terlalu ghairah menyambut pesta bola. Orang kafir tengok orang islam macam tu, hilang hormatnya pada kita. Lepas tu kita sibuk marah orang kafir sebab buat iklan bukan-bukan masa nak raya. Memang patut marah, but then, kita sebagai muslim tunjukkan cantiknnya islam, tunjukkan islam lebih mulia daripada segala yang membawa kelekaan segala...Tak salah nak bersukan, nak minat sukan, bola segala tu, tapi beringat ok..beringat...

Sebab kita lupa ni la aku ingatkan diri aku dan korang jugak..Sayang sangat kalau kita tak manfaatkan ramadhan yang bakal tiba..sebaliknya lebih meraikan kedatangan perlawanan bola yang kononnya gah itu..huhu..sorry pada peminat bola..aku pun minat gak bola tapi tak la tahap .... 

Masa kecik-kecik aku pun main bola sepak kot..dengan sepupu, adik aku. Kitaorang perempuan dengan 2 orang sepupu lelaki. Yang sepupu sorang tu pun perempuan. Main bola depan rumah. Padang kitaorang sempoi je.. Tapi tu masa kecik. Main bola tarik baju segala..memang seronok la masa tu. Sekarang pun kalau ada match pahang lawan mana-mana baru la aku tengok. Negeri lain aku tak tengok la..heehehe..


okeh, ni ada doa yang boleh kita amalkan..moga kita sama-sama menginsafi diri..dan mengerti...
doa bulan rejab
Again, sambutlah ramadhan dengan penuh kemeriahan, kesyukuran, keinsafan...belum tentu kita dapat berpuasa pada bulan ramadhan bila nyawa ni Allah yang pegang. Tapi, kesempatan yang ada, raikan kedatangan ramadhan...
 
 

Wednesday, 21 May 2014

jumpa yati

Alhamdulillahh alhamdulillah Alhamdulillah..

Perjalanan hari ini..alhamdulillah syukur kepadaNYA. Mempermudahkan keadaan jalanraya. Lori banyak tapi Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk mudahkan memandu..

Pukul 11 lebih bertolak ke Bandar maran. Macam-macam urusan. Kena ke pustakaan, pulang dan pinjam buku. Kemudian, masuk pasar. Mak pesan beli mee lidi. Aku pun nak cari kentang. Nak try buat karipap roti. Intinya kentang saje…nak kena ke pejabat pos jugak untuk pos borang permohonan jawatan kosong di KIPSAS. Dan kemudian nak ke pejabat empower ecer, untuk pendaftaran kelas. Hopefully, dapat awal kelas ni…dan kena beli barangan jahitan kak tena. Sebab kebetulan aku nak g maran, aku offer la if kak tena nak mintak tolong belikan apa-apa. Dia order benang, getah, lace segala..aku pun nak kena cari butang baju melayu abah, butang baju ketip aku..

Dan, alkisahnya..alhamdulillah, dapat beli mee lidi, kentang. Pinjam dan pulang buku. Aku pinjam buku ‘Tidurnya Mereka 309 Tahun’. Ha, boleh teka kan buku pasal apa? 

Yeah, tepat sekali..

Surah alkahfi.. Kupasan tentang isi dalam surah alkahfi..

Alhamdulillah, ke pejabat pos..tapi urusan ku tergendala dek aku tak pasti untuk alamat wang pos tu. Jadinya, aku ambik je boring wang pos dan beli sampul pos ekspres..Tuk  pengetahuan dan peringatan, sampul surat pos ekspress saiz A4 adalah RM 4.50.. puas la tadi aku tanya berapa? Aku dengar 5, dia kata 4. Aku bagi 4 keping duit kaler biru. Dia kira. Dia kata..lagi 50sen. 4.50 .dia ulang..Owh..okey. sengeh…aku selalu bermasalah kalau berurusan dengan pejabat pos..huhuhu…

Ingat nak beli barang jahitan tu tapi aku rasa dah lewat. Nanti lewat pulak nak ke ofis empower ecer tu, lambat pulak aku nak pergi sekolah. Jadinya aku tangguhkan ke kedai tu. Ingat nak pergi masa balik sekolah
.
Pergi ke empower ecer punya ofis tu dan nampakla si gadis itu….yangs edang tekund engan kerjanya...

Yatiiiiiiiiiii…

Dah jadi omak orang dah dio..den ni bilo laie…hekhek..Apa lagi, borak punya borak sambil mendaftar…Yati ni kawan di sekolah menengah dulu..macam-macam hal borak tapi banyak snetuh pasal kerja. Sampai langsung lupa nak tanya anak dia nama apa, umur berapa, suami dia kerja kat mana? Len kali jumpa lagi..jadinya , dapatlah aku daftar kelas jahitan dan rekaan. Aku tak tau lagi bila kelas ni akan dimulakan..

1.50 pm baru gerak ke sekolah….

Balik dari sekolah, kedai tu dah tutup. Jadinya, tak dapat la aku beli barang jahitan kak tena. Insya-allah, esok la jawabnyer..Insya-allah, esok, ke pejabat pos dank e kedai tu…

Inilah kisah hari ini. Alhamdulillah dapat jumpa yati..hampir 6 tahun tak jumpa dia. Yati ni roomate masa form 5 tapi sekejap je dah boleh rapat dengan dia. Lemah lembut dan sopan orangnya..hehehe..

Owh ye..ada lagi satu cerita..Hari ini, ku tunggu,tunggu dengan penuh debaran dan harapan, doa'. Apa aku nak buat if dia 'muncul'..dan memangnya dia 'muncul'..alhamdulillah..keep calm, terus doa dan berusaha...semoga allah lindung.. 

Tuesday, 20 May 2014

mood swing...

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...
tadi siang nak macam ada mood, ada idea nak tulis sikit pasal pn intan yang sangat tabah..semoga kelahiran muhammad menambah kan lagi kekuatan dan ketabahan pn intan. Semoga muhammad menjadi anak yang soleh, mendoakan dan berbakti kepada ayahnya, emaknya..

Dan malam ni pulak dah tak ketahuan..hehe.Cuma yang aku perasan la kan, kadang-kadang, bila blogger  tak de idea, diaorang tulis apa tau. Diorang tulis yang dioarang tak tahu nak tulis apa, last-last, published jugak post tu. Lantak la ada orang baca ke tak, yang penting nak publish gak..Haha.. Tapi ada jugak yang kata tak de idea, tibe-tibe je dah berminit-minit hangpa baca entri tu sampai habis, tergelak, tersengeh sorang-sorang..

Hem.. tadi kat sekolah,ada surat khabar hari semalam..jadinya, sambil tunggu masa masuk kelas, sempat la tengok-tengok dan kemudian ternampak iklan untuk Kongres Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam Malaysia.. Seriesley, aku sangat berminat nak pergi. Pulak free..cuma kena daftar awal la..just if i have friends to go there...but then, bila tengok tarikh tu, rasanya memang tak boleh nak pegi..jadinya, kalau korang yang berminat nak pergi, sila lah. bukak page ni

Sangat berminat nak pergi. Tahun lepas ada aku cari pasal kursus asas kanak-kanak (KAAK), tapi dah ditutup, diganti dengan kursus Permata. Dan kalau untuk nak pergi sendiri, (bukan di bawah persatuan taska, bukan di bawah majikan), tak do duet la pulak nak pergi...Hem...tak pe..ini semua dalam list to do. Insya-allah..one fine day, i will..insya-allah..

Haha..ni tengah tak tahu nak taip apa ni...sebenarnya nak siapkan esei pengguna, nak buat yang felt frame, nak cuba sambung novel tu. Dan at last, tersadai kat sini sebab tak de idea tang esei tu. Tang felt frame tu kenapala tak de mood..Dan yang novel itu...aku sangat rindu dia..dia yang dalam novel itu, dia yang akan menjadi manusia tabah...

Mood...kenapa tak de..apa nak buat bila tak de mood nih????

Kadang aku go on je, dan kemudian mood tu akan datang..
Kadang aku layankan malas aku tapi seyesly aku sangat serba salah sebab sebab ikut kemalasan dan dah tentu syaiton nirrojim tu ketawa tepuk tangan gelakkan aku..

Pada korang yang tak de mood nak buat apa-apa..back to basic..
as a muslim...ambil wudhu'..mulakan dengan bismilllahirrohmaniirrohim..insya-allah, allah tolong..betulkan niat..insya-allah..yakini pada Allah..hehehe..aku cakap macam ni, aku cakap pada diri aku jugak tau.. Sebab kebetulan pun tadi bukak fb. Allah hantar pertolongan. Bila aku tengah lost macam mana nak buat aku yang tengah tak de mood ni, tetiba, Allah tunjukkan kat fb salah seorang kenalan, saudara seislam dan hopefully saudara as a family insya-allah...dia bagitahu tentang ini..

 
"To practise doing right things right from beginning in our daily work is of course, crucial. But as human being, we do make mistake, our focus might sometimes be disrupted with so many other things.
Its best to re-allign our focus back on track by saying 'bismillah' in every small small things we do. By saying 'In the name of Allah', we'll do work under a concious mind, with the help of Allah. Insya Allah we can avoid the cost of not doing things right.
Never belittle any good deeds.
Subhanallahi wabihamdihi subhanallahil 'adzhim. Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad."-Asmak Latib

So, that, apa lagi...kita hidup bertujuan. ask our self, kenapa Allah hidupkan kita lagi hari ni....tengok sini..





Monday, 19 May 2014

Jawapan Temuduga aku

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
So many happy thing was happened. Alhamdulillah. It's can make me smile and be strong to go through the day by day with all sad thing was happened too. Kehkeh..entahapeape ayat tu. Alhamdulillah. Mungkin kita rasa sedih tapi Allah tak biarkan sedih tu sedih sahaja sebaliknya ada gembiranya hanya jika kita kembali kepadaNYA..
Okey, seperti telah diberitahu oleh oleh pihak SPA. Keputusan temuduga pada 19 april akan keluar pada 19 mei. So that, the day is today. Dan bila aku taip ic maka keluarkan keputusannya yang berbunyi..

"Dukacita..."

Faham dah la..
Aku tak la terkejut sangat dengan jawapan tu. 

Antara sebab: 

>Dah biasa dapat jawapan dukacita.

>Jawatan kemahiran dan aku tak de sijil kemahiran yang dia beritahu masa temuduga tu.

Bukanlah aku tak sungguh-sungguh usaha nak dapatkan. Malahan, aku study perkara yang aku fikir berkaitan. But, then, its just not that. 
Dan yang paling aku boleh rasa tenang hadapi jawapan tu ialah, bila aku teringat nasihat pensyarah aku. He said.. positive, don't defensive. 
Sebenarnya, kalau kita tak minta nasihat daripada orang lain pun, kita tahu yang kita kena jadi positif. Tapi, bila kita minta nasihat pada orang lain dan bila sesuatu tu terjadi dalam keadaan yang kita rasa sedih, kita masih boleh tersenyum. Betul tak? Alhamdulillah. Terima kasih en rahim. Sangat ku hargai. Aku belum beritahu lagi keputusan ni pada en rahim. Esok, i.allah. Dah agak lewat malam untuk aku maklumkan walaupun cuma di fb. 
http://www.affirmationsforpositivethinking.com/Positive-thinking-perception.htm


Hari ni tadi pergi belajar menjahit di tempat Kak tena. Konon nak buat sapu tangan gaun. Tapi sebab tak da kain cutton atau kain tuala. Guna je la perca kain. Hehe..bolehlah. Nanti apply pulak pada kain tuala.

Dan Alhamdulillah jugak, pergi balik sekolah hari ni lancar perjalanan. Dan kat sekolah tadi, just feel makin suka,sayang pada SMKSJ..hakhak..penangan hari guru ke ape? haha..
Masa lepas habis mengajar tadi, budak-budak ni sibuk tanya, Ustazah pakai baju siapa? Haish budak-budak ni la. Tu pun nak tanya. Terus terang je la. Baju adik saya.. ha, dah tu mula la sibuk, adik ustazah umur berapa bla bla bla...

Dan sebenarnya, bila berhadapan dengan budak-budak generasi y ni. Diaorang memang suka bertanya. Soalan tak de dalam buku kadang tu yang keluar. Kadang soalan yang rasa 'Eh, korang ni..' hehehe.. tapi tu la. Aku, kalau tak dapat jawab, aku cakap je."Nanti saya cari semula." "Nanti saya bagitahu semula." 

Selalunya, bab agama la kan.. Tang hukum, tang sirah kadang-kadang..

"Ustazah, boleh tak bercinta dengan orang lebih tua?"
"Ustazah, batal tak wudhu' kalau tangan dia berconteng?"
"Ustazah, macam mana kalau kita tengah sembahyang sunat, ada kawan tepuk jadi imam sembahyang?"
"Ustazah, boleh tak cukur bulu lengan?"
"Ustazah, kalau pakai baju gambar kartun masa sembahyang macam mana?"

Tu antaranya. Dan yang keluar tajuk sikit.
"Rumah ustazah kat mana?"
"Ustazahh dah kahwin?"
"Fb ustazah nama apa?"

Hakhak..Dalam keadaan aku. Kalau soalan tu hukumnya memang straight, dah jelas halal haramnya bolehlah aku straight pada hukumnya apa. Sebab, budak-budak ni mudah je. Antara halal, haram, sunat, makhruh, harus..Bila halal dan haram tu dioarang cepat faham la.. Tapi bila masuk tang hukum yang perlu penerangan lebih. Ada keadaan jadi haram, jadi halal segala tu. kena bagi penerangan lain dulu. Baru la bagitahu apa hukumnya. Selalunya soalan-soalan macam ni diaorang tanya bila dah habis mengaji sorang-sorang kat depan. Kadang, untuk pelajar perempuan, diaorang jumpa masa diaorang nak solat zohor. Selalu, kalau budak perempuan ni. Hal-hal masa haid. 

Dan sebenarnya, dengan gelaran ustazah ni ada tanggungjawab, amanah yang besar yang kadang aku rasa, aku masih tak jalankan tanggungjawab aku dengan baik. Aku sendiri masih nak cari ilmu agama sebab masih banyak yang aku kurang.. Menjadi ustazah yang tiada dalam gred jawatan bukan sebab untuk buat sambil lewa. Menjadi ustazah yang boleh jadi ustazah dengan ada sijil agama, bukan sekadar itu sahaja. Dengan suasana dan keadaan hari ni, kena jadi lebih dari itu.
Semoga....Harapan kena tinggi. Dan harapan itu dengan doa, usaha, tawakal, keyakinan kepada yang maha esa...

Sunday, 18 May 2014

lose weight

Alhamdulillah, allahamdulillah..alhamdulillah..
Masih diberi pinjaman kesihatan yang baik, umur dan pastinya nikmat islam dan iman. Alhamdulillah..


Tengok tajuk tu. Boleh agak sangat apa ceritanya. Dan pasti la akan ada insan-insan yang cemburu bila masih tidak dapat menurunkan berat badan. 

Dan aku la salah sorang insan tu. Tengok kawan-kawan sentap apa saja sedang badannya maintain begitu. Sedangkan aku. Pantang dipam, pasti menggembung. Hakhak..

Masa aku kecik, mak cerita, badan aku kecik je. Hinggakan masa balik kampung, ada sorang auntie cina tegur mak "awak tak bagi anak awak makan ke?" Mak tersipu-sipu. Bukanlah mak tak bagi makan masa aku kecik. Aku jenis budak kecik comel yang susah nak makan.hakhak.. Tambahan masa dulu kan agak susah. Kiranya aku ni budak kecik comel yang faham keadaan keluarga la kan? hakhak..ok, sudah. Bukan tu sebab utama. Puncanya ialah aku memang tak kuat makan masa kecik. Hinggalah aku meningkat ke sekolah rendah, seingat aku, biasa-biasa je berat badan aku ni. Tapi...alkisahnya...bila dah masuk sekolah menengah...

Tuk pengetahuan, aku bersekolah di sekolah yang mempunyai asrama. Dah tentulah aku duduk asrama sebab jauh nak berulang. 
Bila aku balik kampung, ada sedara-sedara cakap.
"Orang duduk asrama makin kurus..."
Hakhak. Mungkinlah kot aku kuat makan masa kat asrama. Sarapan pagi, makan tengahari, makan kuih petang, makan malam, dah malam tu ada pulak supper. Padahal, kalau supper tu biskut je pun. Biskut mayat, biskut kelapa, biskut roti yang dah tak lalu nak hadap. Tapi, sekarang ni, tercari-cari biskut legend ni..Waktu persekolahan, masa rehat, aku memang tak ke kantin. Jarang sangat aku pergi. Selalu ke koperasi, cari roti abdul.Ini pun roti legend jugak.
5 tahun aku di sekolah menengah dan tak pernah la orang cakap badan aku kurus. Makin kembang. Mak kata apa tau. Chebol. In jerman language. Hakhak. Dah la aku ni rendah, dengan badan yang gemuk. Haha..bayangkan...siap kena kata "N renek." Hakhak.. Yopossss...

Masa aku ambil tingkatan 6 di pekan pun, badan masih susah nak turun. Masa aku kerja sementara di sekolah agama rakyat, walaupun makan lebih kurang, berat badan masih 50-52.Dan rasanya pernah mencecah hampir 53-54..huhu. 

Kemudian, ke menara gading. Ewah, menara gading sangat kan..Di universiti. Orang kata..Orang kata..sibuk belajar, aktiviti, selalunya kat u la badan boleh kurus. Dan hakikatnya, itu tidak berkesan kepada diriku. Hahaha...Mana taknya, makanan di cafe dpp Proton, murah dan banyak. Di Cafe dpp petronas pun harganya masih boleh tahan lagi. UUM memang murah makanan. Hahaha..Time aku study dulu la. Sekarang aku tak tahu la...huhu

Lepas habis stdy, buat praktikum 3 bulan, pun sama je. Walaupun letih, tapi aku tetap makan 
banyak..haha. Pulak kalau kedai mak cik yang jual nasi goreng sambal sotong. Huh, memang penuh polisterin tu. Gain energy.hehe. Time lapar, sekali hadap je. Tapi kalau nak jimat, buat dua kali makan..hakhak.

Dan lepas tu, aku kerja di taska. Taska..Bayangkan kesibukannya saja, memang tak cukup tangan. Pulak masa tu, aku diberi tanggungjawab menjaga taska yang baru dibuka itu. Pastilah banyak tugas aku kena buat. Daripada rekod budak, hinggalah menjaga budak-budak tu yang tak ramai pun, tapi dengan aku yang tak de pengalaman ni. Allahu robbi. Memang allah tolong aku jaga baby yang 6 bulan. Alhamdulillah, sepanjang aku jaga baby tu, he's alright. Ajmal, cikgu rindu ajmal. My first baby kat taska Aku tak de pengalaman nak buat semua tu.  Nak mandikan, pakaikan baju baby, suap bubur, susukan. Itu semua perlukan teknik yang betul. Dan disinilah pengalaman itu Allah berikan padaku. Pernah tersalah pakaikan lampin. Mak baby tu (kak nora:mak ajmal) yang tunjukkan pada aku..Haha..Aku fikir. Ni boleh kurus aku kat sini. Dan, lagi, fikiran itu salah bila mana aku terbiasa dengan kerja-kerja tu dan kemudian, bila budak tidur, aku makan, bila rasa lapar, aku makan. Bila ada peluang, ada makanan, aku makan. Hahaha..Dah macam mana nak turun berat ni???
inilah ajmal..hehe..tu dia buat muka comel. Ni masa ajmal dah pandai jalan. Dia marah kalau pakaikan penutup kepala baju kuning tu. Rimas la cikgu..hehehe..comey...

Walaupun sibuk dengan kerja kat taska, tapi bila time budak tidur, budak main, kitaorang pun dapat rehat secara tak langsung. Bukanlah rehat sepenuhnya. Tapi dapat la berehat. Pulak, time budak ok, tak buat perangai, semua sihat. Memang ok la keadaan kat taska tu. Even time main pun, kadang, ada mood baik sangat masing-masing. Ada masa-masanya memang naik suara jugaklah. Huhu...

Dan..bila masanya aku turun berat badan secara mendadak ni. Hingga nampak tulang. Hakhak..

Lepas hampir setahun aku di taska. Aku mohon GQA, dan alhamdulillah. Dapat. Ditugaskan di SMKSJ..Apa lagi, berulang aku dari rumah, abah mak hantar, tunggu dan balik rumah. Cari rumah-rumah sewa tak de. If ada pun susah jugak aku nak balik sekolah. Masa tu lesen ada tapi tak boleh nak bawak. Dan dah berapa bulan kat sekolah tu, aku mula bawa kereta.

Kenal dengan dia dan kemudian dia menghilang, mestilah aku sedih. Dan dalam masa yang sama, aku terlibat dengan kemalangan dan itulah permulaannya. First time. Catat sejarah sendiri. Berat badan boleh mencecah 45 kg. Dengan aku yang pernah gemuk sekali turun sampai 45kg ni sampai akak klinik tanya. "Tak makan ke?"
"Makan..kot sebab banyak berjalan."
Dah memang lepas exciden tu, memang jarak perjalanan kaki aku memang jauh. Dari tempat turun bas. Kadang ke masjid dulu. dan baru ke sekolah. Naik pejabat, pergi surau. 4 kali atau 5 kali seminggu. Memang aku sangat bersenam.. haha. Ditambah letih, malas nak makan, terkejar-kejar tengahari tu. 

Permulaan itu, langsung tak boleh suap nasi. Suap nasi sebab terpaksa. Sangat risaukan budak yang terlibat sekali dgn exciden tu dan sedih yang kesangatan dengan macam-macam....

Tiba-tiba teringat. Ha, tu lah. Dulu nak sangat kurus. Sekali kurus dengan cara macam ni. Hehehe...
Alhamdulillah...bukan itu sebenarnya tapi lebih dari tu ialah hargai diri anda. Sayangi diri anda. As long as sihat tubuh badan, fizikal mental. Jangan peduli sangat orang cakap apa. As long as korang ada di atas jalan yang betul. Jalan yang Allah suka. Jalan yang bertepatan dengan agama.

Jaga kesihatan, jaga diri baik-baik. This is cliche advice. Yang selalu dengar. Tapi, mengertilah. "jaga diri baik-baik" itu sangat besar maknanya...

Saturday, 17 May 2014

Teknik pujuk mak (cara aku)

Alhamdulillah.alhamdulillah..alhamdulillah...

Tadi pergi majlis kenduri anak sedara pada ayah sedara. Hehehe. Aku pun dah tak tau jadi pangkat apa. Sebenarnya, hari ni pun ada jemputan kawan sekolah menengah aku dulu kawen. Tapi, tak dapat permission daripada puan emak. Emak kata "if you friend come and fetch you, you can go. If not, stay at home. Don't make me worried. Those hurt 2 years is still here (heart)." Mestilah puan emak cakap melayu dengan slang jermannya. Aku tanya kawan aku kalau diaorang pergi ke tak? Dan, the last is, memang takj dapat pergi. 

Dan sebenarnya, mak tak nak pergi kenduri tu. Kat Sungai Isap. Mak tak nak pergi bukan saja-saja tak nak pergi tapi sebab pandangan mata mak dah tak berapa baik. Ketumbuhan di saraf mata menganggu pandangan ditambah dengan usia. Kalau ikutkan, kadang-kadang mak memang sakit kepala. Alhamdulillah, tak da pengsan-pengsan, muntah. Cuma sakit kepala. Sakit kepala tu pun kadang sebab darah tinggi. Kena jaga makan. Dan aku sekarang dengan adik-adik, memang makin alert sikit la pasal pemakanan emak. No more ikan masin yang mak suka makan. Makin tambah selera kalau ada ikan masin. So, kitaorang hadkan tuk mak. Memang kadang, mak cubit sikit je. Kesian jugak. Sebab mak dah suka makan. Tapi, mak pun sekarang dah kurang makan masin-masin. Masakan kat rumah pun dah kurang masin. Aku yang agak kaki masin ni pun kena belajar la makan kurang masin.

Okeh, balik semula cerita tadi. Mak aku tak nak pergi. Puas aku pujuk. Abah mula-mula ajak aku. Abah kata "N, aok nak pergi tak kenduri anak sedara abang ali?" Kehkeh. Abah ni tersilap la ni. Patutnya abah gantikan 'abang ali' tu dengan pak cik ali, course aku anak sedara pada pak cik ali tu yang merupakan ipar abah. Pening ke tak? Tak kan? Aku jawab kat abah.."tengok lah." Haha..sebab tak best la kalau aku g dengan abah je. Mesti nak ada mak.. Haha.. Puas la aku ni pujuk mak. Macam-macam aku pujuk. Abah kata "kalau nak pergi, pukul 11 lebih nanti." 
Jadinya, aku terus menerus buat operasi pujuk mak. 

Antara ayatnya

"Mak, n ambikkan mak nasi"
"N pimpin mak."
"Mak duduk je."
"N pimpin mak."
"N ambikkan nasi."
"Mak duduk je."
"Ye mak."
"Jom la mak."
Tu la ayat-ayat yang aku ulang...Hinggalah aku kata.
"N iron je baju mak. N iron ye."

Kata mak.

"Mak tak nak pergi."
"Nak umpan orang pulak."
"Mak tak nak pergi."
"Mak tak nampak."
"Mak tak nak pergi."
Dengan riak muka beku. Wah, aku memang rasa, tak laku dah pujukan aku ni yang memang tak reti nak mengayat. Sungguh. Failed bab memujuk. Memang tak pandai. Encik suami, i don't know if you sulking man. Nasiblah.Haha
Hinggalah...mak dah sarung semula telekung. Sungguhlah mak tak nak pergi. Tak laku dah.
Aku pun keluar dari bilik tapi sebelum tu.
"N ambik baju mak ni. Ha, n suka mak pakai baju ni."
Dan kurung hijau ku tarik dari dalam almari hitam. Haha..
Aku pun terus iron dua pasang baju kurung dan tudung.
Dah siap, aku letak dalam bilik mak. Mak dah siap dhuha. 
"Ni mak, dah siap."
"Pandai-pandai je dia, Mak tak nak pergi.'
Aku buat tak tahu. Pergi bersiap.
Aku dah siap pakai baju, skaf kepala. Naik atas, tengok mak tengah duk depan tv. Elok sandar kat kerusi putih. Abah pun tak bersiap lagi.
'Macam mana aku nak pujuk mak ni.' dalam hati. Abah ada kat situ susah lah aku nak pujuk mak. Haha.. aku segan nak cakap beria depan abah. If abah nak cakap, barulah aku cakap. If ada hal penting barulah bercakap.
Pas tu, abah pergi mana entah.
Ha, inilah masanya..
"Mak jomlah. Dah siap iron tu. Mak dudukkkkkk je. N ambikkan nasi."
Berulang juga aku ulang ayat tu dan pastu mak kata.
"Mak sebenarnya tak nak pergi."
Tapi mak dah bangun dari kerusi...
so................................hehehehe..yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!!
Lega. Sangat. Doa dimakbulkan Allah..walau di saat genting. Allahu robbi. Allah dengar doa kita. See, depan mata terjadi..
Pastu pegila kenduri...
Seperti yang dikata, ku pimpin emak, ku ambikkan nasi, segala, Dengan air basuh tangan pun ku ambilkan. Hehehe. Kena  la bagi upah. Hehehe. Aku ambikkan lauk yg agak banyak sebab kot mak lapar. Kat rumah cuma sarap cekodok. Nasi aku pun bnyak. Sedap pulak. Hehehe...

Dan masa dah nak balik pergi salam tuan rumah. Masa nak balik tu jugak ada mak cik satu kampung kat situ tengah nak makan. So, berhentilah sekejap kat meja dia..Kat depan mak cik tu ada a man yang wear tshirt biasa. Kolar bulat. Macam dah siap makan. Aku ternampak la kat tshirt dia.

Single
Taken
Depends on who asking.

Di tepi ketiga-tiganya tu ada kotak kosong dan ada tanda 'right' pada kotak yang ketiga.
Haha..spontan sengih dalam hati.

Ok, masa aku terpandang tshirt a man tu, dia pandang tempat lain ok. Aku terperasan muka dia masa aku dah siap makan, aku pusing-pusing belakang, tengok kot nampak sepupu aku kat situ, mak sedara aku ke. Tetiba tu la aku ternampak muka dia tengah pandang aku. Kot sebab dia pelik tengok aku terpusing-pusing dan sebab dah memang dia ada mata. Dia pandang je la mana dia nak pandang. 
http://thelstop.org/2013/06/top-10-reasons-why-being-single-is-not-pathetic-or-even-bad/
be postive ok..POSITIFKAN DIRI, MINDA, HATI





Ok, kembali pada tiga pilihan yang bertanda di pilihan ketiga tadi. So, apa korang rasa. Korang pun macam tu ke? Depends on who asking...

Kalau aku????
Aku selalu cakap aku Taken. Kadang-kadang, cakap single. 
Aku pernah bergurau masa ice breaking fasilitator baru. Semua perkenalkan diri. Masa tu aku baru join kelab fasi..semua fasi, baru lama, duduk dalam bulatan, atas pentas. Masing-masing cakapla. "Nama diberi, nama saya, nama dalam ic, nama dalam surat beranak" ..hehe..macam-macam lagi pengenalan ayat tu. Dan beritahu la bidang apa, tahun ke berapa. Ada jugak soalan nakal itu. 'Dah kahwin ke?' Dan seumpamanya..
Tiba turn aku.. Aku pun kenalkan diri aku ni. Dan aku cakap.

"Saya dah kahwin."
"Hah?"
"Ye ke?"
"Bila?"
"Hehehe. Tak la."
"La.."
"Hee, terkejut." Sambil urut dada. Itu ketua fasi. Aku ingat sangat riak dia. sebab aku admirer dia. Haha..stock baik-baik, kaki masjid tu memang cepat sangat hati ni nak jatuh.Hakhak..Dan lagi sebab riak dia tu memang paling terkejut. Siap urut dada. Masa dia kata "hah?" dengan muka sungguh-sungguh tu memang tak boleh bla.. Hakhak..Aku saje je cakap macam tu. Tak sangka ramai nak bereaksi. Tak percaya atau teruja dengan student yang dah kahwin kat u? Hahaha..

This memory just come bila aku tulis tang 3 pilihan tu. 
Dan sekarang pun, aku akan cakap aku Taken pada lelaki. Single pada perempuan. Haha.. Pada kawan-kawan sekolah, pastinya dah tahu aku sekarang Taken.
Apa-apa la. Yang penting, jangan bagi harapan palsu pada orang dengan status yang bukan-bukan. Ingat, Allah Maha Adil..
So, guys..girlsss.. doakan saya, doakan kita semua ye.. ;)

Friday, 16 May 2014

cerita hari guru..



Ini cerita hari guru.
I’m just guru quran asrama (GQA). So that, tak la byk masa kat sekolah. Cuma 3 jam waktu petang. Jadinya, wajar kot untuk rasa segan bila dijemput meraikan hari guru. Tapi dek jemputan yg bersungguh, maka, aku pun hadir dengan sorang lagi kakak ni yg juga ustazah(GQA). 

Kitaorang sampai agak lewat. Agak-agak lagi 50 ayat nak habis bacaan surah yassin. Lebih kurang macam tu. Masuk dewan, diaorang tengah baca surah yassin. Aku dan kak za, ambil tempat kat belakang. Ada pengawas minta ke depan. Kak za jawab, lepas habis baca yassin.
Then, kitaorang ke depan. Tempat duduk guru-guru. Sogan. Ye lah. Kitaorang ni kecik je..huhuhu..

Oh ya Allah. Tema baju tahun ni. Back To School..So, korang boleh bayangkan cikgu-cikgu pakai baju sekolah.. Oh Ya Allah…they look young just like students wear uniform school.. how can…the face. Walaupuna da yang make up tapi still macam budak sekolah. Baju putih, kain biru, tudung putih, siap lencana, ada yang baju biru, tudung biru, ada yang siap pakai blazer pengawas..aku pakai baju pengawas sekolah adik aku kaler biru, kak za pakai uniform puteri islam..hehe..student tak kitaorang? mestilah student..hehehe

Aku ingat budak sekolah la yang duduk kat sebelah aku, tapi awal-awal dah tahu yang budak sekolah pakai uniform batik asrama, yang cikgu pakai uniform sekolah. So that yang aku ingat budak sekolah tu memang cikgu la. Pulak, ada cikgu baru, lagi la aku tak kenal. Dah la memang aku tak kenal semua cikgu sekolah tu. Masa kitaorang petang je. Ada cikgu yg dah balik, jadinya kadang tu memang tak terjumpa dengan cikgu-cikgu. Yang biasa-biasa selalu nampak tu tahu la jugak..memang nampak macam budak sekolah..

Aktiviti dalam dewan..macam biasa..ucapan perutusan, dan kemudian nyanyian lagu yang itu, yang sudah saban tahun dinyanyikan dan tetap semangat untuk menyanyikan saban tahun. Kemudian, lagu daripada Arwah Sudirman, Pesan Abang.  Lagu tuk anak murid la pastinya,
Ingatkan dua lagu je, tetiba, budak-budak bagi lagi satu lirik. Westlife. Seasons in the sun.Dek kertas lirik tak cukup, yg mana dapat kertas tu, kongsi-kongsi je la..Dah siap menyanyi segala,ada acara potong kek. Masa potong kek ni la. Cikgu-cikgu dah jadi kanak-kanak riang. Dah kembali ke zaman sekolah. Conteng papan hitam, main belon. Dan kemudian, bacaan ikrar. Lepas siap persembahan guru, persembahan pelajar. Bacaan sajak, pantun dan nyanyian. 

Untuk acara luar dewan, ada acara main batu seremban, tarik lidi, baling guli, masuk gelung dalam botol air, tuju tin dengan selipar dan lagi satu getah. Aku tak pasti sangat acara yang getah ni. Heheh..dek pujukan kak za, aku masukkan je la nama kat tuju tin. Dan..hehehe… naib juara tuju tin..hakhak… boleh la.. wat kenang-kenangan..

Alhamdulillah, selamat pergi, selamat sampai rumah.. dan yang paling penting, segala yang dihajat tercapai. Allah makbulkan, allah perkenankan. Dapat jumpa damia (ada pesanan daripada ibunya), jumpa amirah dan kawannya yang lagi 2 orang tuk bagi nota tajwid untuk ihtifal di Bera esok. Semoga Berjaya. Moga ilmu itu terus dipertingkatkan dan minat yang ada dapat dimanfaatkan untuk ummat, dapat bergambar dengan afny. Her face just look like hafina. Make me so happy untuk datang sekolah tiap hari. Jumpa dia, tengok dia senyum,macam hafina. Suara dia maca mengaji yang halus tu buat makin teringat fina, mendoakan fina semoga jadi anak yang baik, solehah, baik segala-galanya dan sihat…

Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah..tak de ungkapan selain pujian sahaja pada Allah yang melancarkan segala urusan yang memberi  pinjaman ilmu, kesihatan, kudrat, keyakinan dan kekuatan. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali..


 -
ini fina (6/7 tahun)
Segalanya..segalanya yang berlaku…allah..Allah is there..is here..with you, in your heart, Allah tunjuk bukti ALLAH ada dengan kita. So that, yakin terus pada Allah. Allahu robbi,jagakan kami… lindungi kami dan berikan kami petunjukMU. Lembutkan hati2 kami menerima hidayahMU, kuatkan kami melaksanakan amanah-amanah yang diberikan..kuatkan kami melaksanakan amanah-amanah ini ya Allah.. anugerah yang KAU beri terlalu banyak dan KAU masih mmberi. Jadikanlah kami hambaNYA yang bersyukur, yang bermanfaat untuk ummat dan agamaMU ini ya Allah..permudahkanlah segala urusan kami dan selamatkanlah kami di dunia dan akhirat. Berikanlah kejayaan kepada kami di dunia dan akhirat..amiin aamin ya robbal alamin…
ini afny (13 tahun)