mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Friday, 16 May 2014

cerita hari guru..



Ini cerita hari guru.
I’m just guru quran asrama (GQA). So that, tak la byk masa kat sekolah. Cuma 3 jam waktu petang. Jadinya, wajar kot untuk rasa segan bila dijemput meraikan hari guru. Tapi dek jemputan yg bersungguh, maka, aku pun hadir dengan sorang lagi kakak ni yg juga ustazah(GQA). 

Kitaorang sampai agak lewat. Agak-agak lagi 50 ayat nak habis bacaan surah yassin. Lebih kurang macam tu. Masuk dewan, diaorang tengah baca surah yassin. Aku dan kak za, ambil tempat kat belakang. Ada pengawas minta ke depan. Kak za jawab, lepas habis baca yassin.
Then, kitaorang ke depan. Tempat duduk guru-guru. Sogan. Ye lah. Kitaorang ni kecik je..huhuhu..

Oh ya Allah. Tema baju tahun ni. Back To School..So, korang boleh bayangkan cikgu-cikgu pakai baju sekolah.. Oh Ya Allah…they look young just like students wear uniform school.. how can…the face. Walaupuna da yang make up tapi still macam budak sekolah. Baju putih, kain biru, tudung putih, siap lencana, ada yang baju biru, tudung biru, ada yang siap pakai blazer pengawas..aku pakai baju pengawas sekolah adik aku kaler biru, kak za pakai uniform puteri islam..hehe..student tak kitaorang? mestilah student..hehehe

Aku ingat budak sekolah la yang duduk kat sebelah aku, tapi awal-awal dah tahu yang budak sekolah pakai uniform batik asrama, yang cikgu pakai uniform sekolah. So that yang aku ingat budak sekolah tu memang cikgu la. Pulak, ada cikgu baru, lagi la aku tak kenal. Dah la memang aku tak kenal semua cikgu sekolah tu. Masa kitaorang petang je. Ada cikgu yg dah balik, jadinya kadang tu memang tak terjumpa dengan cikgu-cikgu. Yang biasa-biasa selalu nampak tu tahu la jugak..memang nampak macam budak sekolah..

Aktiviti dalam dewan..macam biasa..ucapan perutusan, dan kemudian nyanyian lagu yang itu, yang sudah saban tahun dinyanyikan dan tetap semangat untuk menyanyikan saban tahun. Kemudian, lagu daripada Arwah Sudirman, Pesan Abang.  Lagu tuk anak murid la pastinya,
Ingatkan dua lagu je, tetiba, budak-budak bagi lagi satu lirik. Westlife. Seasons in the sun.Dek kertas lirik tak cukup, yg mana dapat kertas tu, kongsi-kongsi je la..Dah siap menyanyi segala,ada acara potong kek. Masa potong kek ni la. Cikgu-cikgu dah jadi kanak-kanak riang. Dah kembali ke zaman sekolah. Conteng papan hitam, main belon. Dan kemudian, bacaan ikrar. Lepas siap persembahan guru, persembahan pelajar. Bacaan sajak, pantun dan nyanyian. 

Untuk acara luar dewan, ada acara main batu seremban, tarik lidi, baling guli, masuk gelung dalam botol air, tuju tin dengan selipar dan lagi satu getah. Aku tak pasti sangat acara yang getah ni. Heheh..dek pujukan kak za, aku masukkan je la nama kat tuju tin. Dan..hehehe… naib juara tuju tin..hakhak… boleh la.. wat kenang-kenangan..

Alhamdulillah, selamat pergi, selamat sampai rumah.. dan yang paling penting, segala yang dihajat tercapai. Allah makbulkan, allah perkenankan. Dapat jumpa damia (ada pesanan daripada ibunya), jumpa amirah dan kawannya yang lagi 2 orang tuk bagi nota tajwid untuk ihtifal di Bera esok. Semoga Berjaya. Moga ilmu itu terus dipertingkatkan dan minat yang ada dapat dimanfaatkan untuk ummat, dapat bergambar dengan afny. Her face just look like hafina. Make me so happy untuk datang sekolah tiap hari. Jumpa dia, tengok dia senyum,macam hafina. Suara dia maca mengaji yang halus tu buat makin teringat fina, mendoakan fina semoga jadi anak yang baik, solehah, baik segala-galanya dan sihat…

Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah..tak de ungkapan selain pujian sahaja pada Allah yang melancarkan segala urusan yang memberi  pinjaman ilmu, kesihatan, kudrat, keyakinan dan kekuatan. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali..


 -
ini fina (6/7 tahun)
Segalanya..segalanya yang berlaku…allah..Allah is there..is here..with you, in your heart, Allah tunjuk bukti ALLAH ada dengan kita. So that, yakin terus pada Allah. Allahu robbi,jagakan kami… lindungi kami dan berikan kami petunjukMU. Lembutkan hati2 kami menerima hidayahMU, kuatkan kami melaksanakan amanah-amanah yang diberikan..kuatkan kami melaksanakan amanah-amanah ini ya Allah.. anugerah yang KAU beri terlalu banyak dan KAU masih mmberi. Jadikanlah kami hambaNYA yang bersyukur, yang bermanfaat untuk ummat dan agamaMU ini ya Allah..permudahkanlah segala urusan kami dan selamatkanlah kami di dunia dan akhirat. Berikanlah kejayaan kepada kami di dunia dan akhirat..amiin aamin ya robbal alamin…
ini afny (13 tahun)



No comments:

Post a Comment