Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
So many happy thing was happened. Alhamdulillah. It's can make me smile and be strong to go through the day by day with all sad thing was happened too. Kehkeh..entahapeape ayat tu. Alhamdulillah. Mungkin kita rasa sedih tapi Allah tak biarkan sedih tu sedih sahaja sebaliknya ada gembiranya hanya jika kita kembali kepadaNYA..
Okey, seperti telah diberitahu oleh oleh pihak SPA. Keputusan temuduga pada 19 april akan keluar pada 19 mei. So that, the day is today. Dan bila aku taip ic maka keluarkan keputusannya yang berbunyi..
"Dukacita..."
Faham dah la..
Aku tak la terkejut sangat dengan jawapan tu.
Antara sebab:
>Dah biasa dapat jawapan dukacita.
>Jawatan kemahiran dan aku tak de sijil kemahiran yang dia beritahu masa temuduga tu.
Bukanlah aku tak sungguh-sungguh usaha nak dapatkan. Malahan, aku study perkara yang aku fikir berkaitan. But, then, its just not that.
Dan yang paling aku boleh rasa tenang hadapi jawapan tu ialah, bila aku teringat nasihat pensyarah aku. He said.. positive, don't defensive.
Sebenarnya, kalau kita tak minta nasihat daripada orang lain pun, kita tahu yang kita kena jadi positif. Tapi, bila kita minta nasihat pada orang lain dan bila sesuatu tu terjadi dalam keadaan yang kita rasa sedih, kita masih boleh tersenyum. Betul tak? Alhamdulillah. Terima kasih en rahim. Sangat ku hargai. Aku belum beritahu lagi keputusan ni pada en rahim. Esok, i.allah. Dah agak lewat malam untuk aku maklumkan walaupun cuma di fb.
Hari ni tadi pergi belajar menjahit di tempat Kak tena. Konon nak buat sapu tangan gaun. Tapi sebab tak da kain cutton atau kain tuala. Guna je la perca kain. Hehe..bolehlah. Nanti apply pulak pada kain tuala.
Dan Alhamdulillah jugak, pergi balik sekolah hari ni lancar perjalanan. Dan kat sekolah tadi, just feel makin suka,sayang pada SMKSJ..hakhak..penangan hari guru ke ape? haha..
Masa lepas habis mengajar tadi, budak-budak ni sibuk tanya, Ustazah pakai baju siapa? Haish budak-budak ni la. Tu pun nak tanya. Terus terang je la. Baju adik saya.. ha, dah tu mula la sibuk, adik ustazah umur berapa bla bla bla...
Dan sebenarnya, bila berhadapan dengan budak-budak generasi y ni. Diaorang memang suka bertanya. Soalan tak de dalam buku kadang tu yang keluar. Kadang soalan yang rasa 'Eh, korang ni..' hehehe.. tapi tu la. Aku, kalau tak dapat jawab, aku cakap je."Nanti saya cari semula." "Nanti saya bagitahu semula."
Selalunya, bab agama la kan.. Tang hukum, tang sirah kadang-kadang..
"Ustazah, boleh tak bercinta dengan orang lebih tua?"
"Ustazah, batal tak wudhu' kalau tangan dia berconteng?"
"Ustazah, macam mana kalau kita tengah sembahyang sunat, ada kawan tepuk jadi imam sembahyang?"
"Ustazah, boleh tak cukur bulu lengan?"
"Ustazah, kalau pakai baju gambar kartun masa sembahyang macam mana?"
Tu antaranya. Dan yang keluar tajuk sikit.
"Rumah ustazah kat mana?"
"Ustazahh dah kahwin?"
"Fb ustazah nama apa?"
Hakhak..Dalam keadaan aku. Kalau soalan tu hukumnya memang straight, dah jelas halal haramnya bolehlah aku straight pada hukumnya apa. Sebab, budak-budak ni mudah je. Antara halal, haram, sunat, makhruh, harus..Bila halal dan haram tu dioarang cepat faham la.. Tapi bila masuk tang hukum yang perlu penerangan lebih. Ada keadaan jadi haram, jadi halal segala tu. kena bagi penerangan lain dulu. Baru la bagitahu apa hukumnya. Selalunya soalan-soalan macam ni diaorang tanya bila dah habis mengaji sorang-sorang kat depan. Kadang, untuk pelajar perempuan, diaorang jumpa masa diaorang nak solat zohor. Selalu, kalau budak perempuan ni. Hal-hal masa haid.
Dan sebenarnya, dengan gelaran ustazah ni ada tanggungjawab, amanah yang besar yang kadang aku rasa, aku masih tak jalankan tanggungjawab aku dengan baik. Aku sendiri masih nak cari ilmu agama sebab masih banyak yang aku kurang.. Menjadi ustazah yang tiada dalam gred jawatan bukan sebab untuk buat sambil lewa. Menjadi ustazah yang boleh jadi ustazah dengan ada sijil agama, bukan sekadar itu sahaja. Dengan suasana dan keadaan hari ni, kena jadi lebih dari itu.
Semoga....Harapan kena tinggi. Dan harapan itu dengan doa, usaha, tawakal, keyakinan kepada yang maha esa...
No comments:
Post a Comment