Alhamdulillah, allahamdulillah..alhamdulillah..
Masih diberi pinjaman kesihatan yang baik, umur dan pastinya nikmat islam dan iman. Alhamdulillah..
Tengok tajuk tu. Boleh agak sangat apa ceritanya. Dan pasti la akan ada insan-insan yang cemburu bila masih tidak dapat menurunkan berat badan.
Dan aku la salah sorang insan tu. Tengok kawan-kawan sentap apa saja sedang badannya maintain begitu. Sedangkan aku. Pantang dipam, pasti menggembung. Hakhak..
Masa aku kecik, mak cerita, badan aku kecik je. Hinggakan masa balik kampung, ada sorang auntie cina tegur mak "awak tak bagi anak awak makan ke?" Mak tersipu-sipu. Bukanlah mak tak bagi makan masa aku kecik. Aku jenis budak kecik comel yang susah nak makan.hakhak.. Tambahan masa dulu kan agak susah. Kiranya aku ni budak kecik comel yang faham keadaan keluarga la kan? hakhak..ok, sudah. Bukan tu sebab utama. Puncanya ialah aku memang tak kuat makan masa kecik. Hinggalah aku meningkat ke sekolah rendah, seingat aku, biasa-biasa je berat badan aku ni. Tapi...alkisahnya...bila dah masuk sekolah menengah...
Tuk pengetahuan, aku bersekolah di sekolah yang mempunyai asrama. Dah tentulah aku duduk asrama sebab jauh nak berulang.
Bila aku balik kampung, ada sedara-sedara cakap.
"Orang duduk asrama makin kurus..."
Hakhak. Mungkinlah kot aku kuat makan masa kat asrama. Sarapan pagi, makan tengahari, makan kuih petang, makan malam, dah malam tu ada pulak supper. Padahal, kalau supper tu biskut je pun. Biskut mayat, biskut kelapa, biskut roti yang dah tak lalu nak hadap. Tapi, sekarang ni, tercari-cari biskut legend ni..Waktu persekolahan, masa rehat, aku memang tak ke kantin. Jarang sangat aku pergi. Selalu ke koperasi, cari roti abdul.Ini pun roti legend jugak.
5 tahun aku di sekolah menengah dan tak pernah la orang cakap badan aku kurus. Makin kembang. Mak kata apa tau. Chebol. In jerman language. Hakhak. Dah la aku ni rendah, dengan badan yang gemuk. Haha..bayangkan...siap kena kata "N renek." Hakhak.. Yopossss...
Masa aku ambil tingkatan 6 di pekan pun, badan masih susah nak turun. Masa aku kerja sementara di sekolah agama rakyat, walaupun makan lebih kurang, berat badan masih 50-52.Dan rasanya pernah mencecah hampir 53-54..huhu.
Kemudian, ke menara gading. Ewah, menara gading sangat kan..Di universiti. Orang kata..Orang kata..sibuk belajar, aktiviti, selalunya kat u la badan boleh kurus. Dan hakikatnya, itu tidak berkesan kepada diriku. Hahaha...Mana taknya, makanan di cafe dpp Proton, murah dan banyak. Di Cafe dpp petronas pun harganya masih boleh tahan lagi. UUM memang murah makanan. Hahaha..Time aku study dulu la. Sekarang aku tak tahu la...huhu
Lepas habis stdy, buat praktikum 3 bulan, pun sama je. Walaupun letih, tapi aku tetap makan
banyak..haha. Pulak kalau kedai mak cik yang jual nasi goreng sambal sotong. Huh, memang penuh polisterin tu. Gain energy.hehe. Time lapar, sekali hadap je. Tapi kalau nak jimat, buat dua kali makan..hakhak.
Dan lepas tu, aku kerja di taska. Taska..Bayangkan kesibukannya saja, memang tak cukup tangan. Pulak masa tu, aku diberi tanggungjawab menjaga taska yang baru dibuka itu. Pastilah banyak tugas aku kena buat. Daripada rekod budak, hinggalah menjaga budak-budak tu yang tak ramai pun, tapi dengan aku yang tak de pengalaman ni. Allahu robbi. Memang allah tolong aku jaga baby yang 6 bulan. Alhamdulillah, sepanjang aku jaga baby tu, he's alright. Ajmal, cikgu rindu ajmal. My first baby kat taska Aku tak de pengalaman nak buat semua tu. Nak mandikan, pakaikan baju baby, suap bubur, susukan. Itu semua perlukan teknik yang betul. Dan disinilah pengalaman itu Allah berikan padaku. Pernah tersalah pakaikan lampin. Mak baby tu (kak nora:mak ajmal) yang tunjukkan pada aku..Haha..Aku fikir. Ni boleh kurus aku kat sini. Dan, lagi, fikiran itu salah bila mana aku terbiasa dengan kerja-kerja tu dan kemudian, bila budak tidur, aku makan, bila rasa lapar, aku makan. Bila ada peluang, ada makanan, aku makan. Hahaha..Dah macam mana nak turun berat ni???
![]() |
inilah ajmal..hehe..tu dia buat muka comel. Ni masa ajmal dah pandai jalan. Dia marah kalau pakaikan penutup kepala baju kuning tu. Rimas la cikgu..hehehe..comey... |
Walaupun sibuk dengan kerja kat taska, tapi bila time budak tidur, budak main, kitaorang pun dapat rehat secara tak langsung. Bukanlah rehat sepenuhnya. Tapi dapat la berehat. Pulak, time budak ok, tak buat perangai, semua sihat. Memang ok la keadaan kat taska tu. Even time main pun, kadang, ada mood baik sangat masing-masing. Ada masa-masanya memang naik suara jugaklah. Huhu...
Dan..bila masanya aku turun berat badan secara mendadak ni. Hingga nampak tulang. Hakhak..
Lepas hampir setahun aku di taska. Aku mohon GQA, dan alhamdulillah. Dapat. Ditugaskan di SMKSJ..Apa lagi, berulang aku dari rumah, abah mak hantar, tunggu dan balik rumah. Cari rumah-rumah sewa tak de. If ada pun susah jugak aku nak balik sekolah. Masa tu lesen ada tapi tak boleh nak bawak. Dan dah berapa bulan kat sekolah tu, aku mula bawa kereta.
Kenal dengan dia dan kemudian dia menghilang, mestilah aku sedih. Dan dalam masa yang sama, aku terlibat dengan kemalangan dan itulah permulaannya. First time. Catat sejarah sendiri. Berat badan boleh mencecah 45 kg. Dengan aku yang pernah gemuk sekali turun sampai 45kg ni sampai akak klinik tanya. "Tak makan ke?"
"Makan..kot sebab banyak berjalan."
Dah memang lepas exciden tu, memang jarak perjalanan kaki aku memang jauh. Dari tempat turun bas. Kadang ke masjid dulu. dan baru ke sekolah. Naik pejabat, pergi surau. 4 kali atau 5 kali seminggu. Memang aku sangat bersenam.. haha. Ditambah letih, malas nak makan, terkejar-kejar tengahari tu.
Permulaan itu, langsung tak boleh suap nasi. Suap nasi sebab terpaksa. Sangat risaukan budak yang terlibat sekali dgn exciden tu dan sedih yang kesangatan dengan macam-macam....
Tiba-tiba teringat. Ha, tu lah. Dulu nak sangat kurus. Sekali kurus dengan cara macam ni. Hehehe...
Alhamdulillah...bukan itu sebenarnya tapi lebih dari tu ialah hargai diri anda. Sayangi diri anda. As long as sihat tubuh badan, fizikal mental. Jangan peduli sangat orang cakap apa. As long as korang ada di atas jalan yang betul. Jalan yang Allah suka. Jalan yang bertepatan dengan agama.
Jaga kesihatan, jaga diri baik-baik. This is cliche advice. Yang selalu dengar. Tapi, mengertilah. "jaga diri baik-baik" itu sangat besar maknanya...
No comments:
Post a Comment