mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Friday, 23 May 2014

Rakyat biasa

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..
sorry, ini bukan blog politik. Ini bukan blog untuk sokong itu, sokong ini.
Bukan juga untuk meraih pembaca blog ni. Seyesly, korang tak payah baca pun..
Cuma aku nak menulis...sekali sekala menyedarkan diri yang aku rakyat biasa..hekhek

Dulu...

Panda? 
Comel.
That the first word come out.

Tapi sekarang..
Panda?
10 juta? Kenapa panda? Perlu ke panda? bla bla bla...

Aku pun macam korang jugak, perlu sangat ke panda tu dengan harga begitu, bla bla bla..dan kemudian, aku tak le terus nak post kat fb, hentam orang tu, hentam orang ni, letak gambar itu, gambar ini..sebab, aku takut la aku pulak kena hentam ke kena saman ke..hehehe.. pastu aku ada baca kat fb Saiful Nang.

Terpulang la pada korang kan...

Hem, untuk keluarga aku kalau masuk bab politik ni kena hati-hati sebab ada dua kumpulan. Haha..janganlah sebab politik, keluarga berpecah belah. Memang kadang tak faham, "macam mana ko boleh pk macam tu?" "Dah, yang ko boleh fikir macam tu ko ingat aku tak pelik ke? Tak nampak lagi ke?"

Ha, kalau dah masuk darjah kepanasan semkin tinggi, salah satu pihak, baiklah berdiam. Diam bukan kalah. But, to keep the stable relation between kakak, adik, abang. Ipar duai segala...hehehe.

Politik membuka minda sebenarnya jika kita boleh duduk berdebat dengan cara yang berhikmah. Malahan, mungkin dapat menyelesaikan banyak perkara. Namun, perlu ingat, sebaiknya ialah kita perlu menjauhi perdebatan sekiranya perdebatan itu hanya membawa kepada perpecahan, dan berdebat dengan bukan orangnya. Lebih baik sekiranya perdebatan itu dalam ruang lingkup perbincangan.

Alkisahnya, politik->kuasa. Kuasa okey kuasa. Orang putih mata dengan kuasa ni. Keadaan sebelum berkuasa dan keadaan selepas berkuasa itu sangat berbeza kalau tak letak Allah betul betul dalam hati.
 
Korang yang tak berkuasa boleh la cakap. "Kalau aku la, aku buat macam ni..salah cara dia tu." Dan ayat-ayat seumpamanya...Banyak-banyak la kita muhasabah diri kita..Menegur orang yang salah dengan cara hikmah dan tidak lelah menegur. Masalah kita ialah.. kita tegur orang buat salah dan kita nak dia ikut teguran kita. Dah tu nak orang tu terima/berubah on the spot. Ingat senang ke orang tu nak terima bulat-bulat cakap kita bila kita cakap tak berhikmah, cakap tak serupa bikin? 

Betul la, hati orang, kadang kalau hati dah degil, cakap la macam mana pun bukan nak makan saman. Ye dok? But then, bila korang nak seru kebaikan, kebenaran itulah dia. Tak leh putus asa. Allah tak tengok hasil, tapi usaha. Allah tahu niat kita..

Bila dah jadi pemimpin, dah dipilih jadi pemimpin tu maksudnya banyak hal kena ambil berat. Bukan hanya nama, kuasa, kedudukan, wang semata. Yang sedihnya, itu lah yang menjadi keutamaan kebanyakan pemimpin. Baik belah sana, belah sini, belah situ, ha, belah mana lagi?

Bukan tak de pemimpin yang betul-betul berhati suci membantu rakyat biasa ni..tapi alahai, berapa orang sangat la ye? Masing-masing ada pemimpin kawasan masing-masing. Ha, cer tengok pemimpin yang kita pilih tu. Untuk tempat aku?????
jeng jeng jeng....

Dan kemudian, kita juga pemimpin untuk diri kita. Ke mana kita nak bawak diri kita ni? Okey, yang ini tajuk lain nanti.. yang penting, kita sebagai rakyat, walaupun rakyat biasa, kita ada kuasa luar biasa.hehehe.





No comments:

Post a Comment