Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...
wahh..lamenyer tak update blog....huhu..
alhamdulillah, beberapa hari yang lepas, mengikuti kelas pengajian akbar kitab hidayatus salikin di masjid wilayah persekutuan..
alhamdulillah, sangat bermanfaat...
Sebelum Program
1 jun aku dah bergerak ke shah alam dengan adik yang belajar di sana. Tak mahu minta abah berulang alik menghantar ke kuantan untuk menaiki bas ekspress lantaran jadual pendaftaran peserta luar pada 4 jun.
Alhamdulillah, selesai majlis walimatul urus sepupu pada 1 jun, dan petangnya kami bertolak ke shah alam. Bas berhenti rehat di rnr Temerloh. Adik aku dah berbunyi lapo. Dan aku pun sama jugak. Terus cari nasi dan duduk di satu meja yang ada a man tengah makan jugak. Buat selamba tanya kalau tempat tu kosong ke tak sebab memang semua tempat penuh dan siap dah ada orang jaga meja. Segan, risau tapi perut lapar dan kena cepat. Mula-mula tu tanya kat sorang perempuan, dia kata penuh. Pas tu tengok mana-mana meja yang kosong, yang ok keadaannya. Tengok tempat a man tu ok, try tanya dan memang kosong. Terus aje duduk. baca doa makan dan makan. Lapo. Tak ingat orang tepi kanan kiri. Tak sempat jugak nak cakap terima kasih kat a man tu. Dia pun macam khusyu' makan sambil layan fon ke tab ke ape entah.. apa pun, terima kasih sangat kat dia.. Siap makan terus naik bas. Dah niat nak jama' solat..Dan dalam perjalanan malam itu, sungguh tak lena tidur, bas beberapa kali hon dan berhenti beberapa kali dek jalan yang sangat jem. Ahad malam isnin memang sesak..
Dan alhamdulillah selamat tiba di shah alam bila jam menghampiri pukul 12.. Dalam mamai, adik aku terus menapak ke tapak teksi dan alhamdulillah, ada teksi. Aku, adik dan dua orang lagi student uitm. Dan sebaik tiba di kolej, terus bersihkan diri, solat, dan mata pulak susah nak lelap. entah jam berapa, aku lena. Sedangkan adikku masih depan laptop, ada kerja sekolah kena buat..
Sehingga 4 jun aku di uitm, sungguh bumi uitm memaparkan satu suasana yang berbeza bila semuanya melayu. Sehinggakan aku menutup kepala kerana bimbang kalau terserempak dengan pelajar perempuan cina bila di kolej. Terlupa yang aku di di universiti bumiputera...Dengan keadaan geografi yang rendah tinggi, sungguh ia menguji kakiku. Patut pun kalau adik ku yang susah nak makan itu kurus ditambah dengan keadaan itu.. sangat bersenam.. =)
4 jun.
Alhamdulillah.. allah hantar pertolongan. Ikin, junior masa di uum sudi menghantar untuk ke masjid wilayah. Cuma aku perlu ke KL sntral dan ambil ktm ke serdang dan ikin akan hantar dari serdang. Sungguh, aku risau jika menyusahkan dan Ikin yang sangat meraikan saudaranya ini sangat senang untuk memberi pertolongan. Alhamdulillah, tiba di masjid wilayah setelah beberapa kali pusing dalam bandar.Sesuatu yang aku pelajari daripada ikin ialah dia meraikan sesuatu yang mungkin kelihatannya sangat menduga. Tiba di masjid wilayah, terus mendaftar dan aku solat asar. Sebaik selesai solat asar, ikin masuk ke masjid, dan kemudian ikin ke bilik air. Tidak lama kemudian, seorang perempuan yang kelihatannya sebaya denganku duduk. Dan beberapa saat setelah itu ikin tiba..ikin la yang beritahu yang 'seorang perempuan' tu peserta Kelas jugak. Berkenalan dengannya. Namanya Kamariah. Kecil-kecil orangnya..
Saat berpisah dengan Ikin...sungguh, dia insan yang Allah hadirkan dengan ukhwah di hati. Aku tak segan untuk berkongsi rasa dengannya sekalipun dia muda dari ku. Mengambil pengajaran, nasihat dan panduan dari dia. Semangat dan azam. Semoga Allah merahmati dan memudahkan urusan Ikin..
Semasa program, sepanjang program..
Insyaallah akan ada post pasal sepanjang program lagi, kiranya ni macam pratulis untuk bab ni..
Alhamdulillah, berkenalan dengan insan-insan baru. Bertaaruf sekejap dan kami boleh menjadi kawan rapat.. aku, kamariah, lina dan mutiara...
Kayy mann itu kamariah, penulis novel Gadis Komik. Galeri Ilmu. I'm going to buy insya-allah..memang dah berminat nak beli hari tu tapi tak dapat lagi. Insya-allah.. akan datang.. tak sangka sangat dapat jumpa dengan penulis novell..sangat tak sangka dan dah tentu ada perkongsian diberikan. Sungguh kayy mann ini sangat pemurah ilmu, pendapat..
Lina..first masuk dewan aku dah nampak dia. tapi tak tengok betul-betul. Yang aku perasan, dia duduk dengan seorang lelaki dan aku agak itu suami dia. Dan bila aku nak masuk bilik asrama, rupanya aku dan lina satu blik. Dia duduk la sebelah katil. First dengar suara diam aku agak dia sabahan, atau mungking sarawak. Dan memangnya dia sabahan. Juru xray yang baru sahaja berkahwin. 25 tahun.
Mutiara yang unik ini pelajar undang-undang di uia. Sangat bagus dia ni. Mula-mula dengar nama, unik sangat. Mutiara. Ada nama panjangnya tapi aku tak sebutkan di sini. Rajin catit nota bila masa terluang.
Antara kenangan yang kelakar bila Lina tanya pada Kamariah..
Lina : Mana delima?
Kamariah :Hah, delima.
Lina :Siapa tu?
Kamariah : Mutiara la.
Hehehehe..masa tu dah hari ke berapa tak pasti tapi Lina kata selalu rasa macam nama dia Delima..
Kitaorang pun mula la mengusik Lina yang mutiara tu delima..
Dan lagi, kenal dengan Kak G cendol taliban yang sudah ada 9 orang anak tapi gayanya macam tidak. Macam student u je.. Kak Yati dan kawannya dari penang. Dan akak sorang ni, aku tak ingat nama dia, tapi aku ada ambik no fon dia, Aku ingat sangat muka akak ni sebab muka dia soft je... bercakap pun lemah lembut je dan i'm just feeling that ada sesuatu yang sama antara aku dan dia, yang ALLAH hantarkan kami ke masjid wilayah ni untuk bersama dalam kelas hidayatus salikin kali ni..Dan lagi, kenal dengan Kak Lin. Muka kak lin buat aku teringat seseorang yang aku tak ingat siapa. Yang pastii aku pernah tengok muka dia. Puas aku carik, kat smam ke, kuliah pekan ke? UUM? entah... mungkin di UUM, tapi entah.
Dan sungguh, sepanjang program, banyak yang aku pelajari..insya-allah. nanti aku update..
Selepas..
Sebaik selesai, aku ke rumah abang e. Hari tu dah mesej abang e minta tolong ambik kat masjid wilayah. Dan sampai je kat rumah abang e, rumah dah gelap. Mestinya kak zizah and dua orang puteri itu sudah pun tidur. Aku pun bersiap-siap dan tidur. Letih.
Belum bunyi lagi alarm, aku dah terjaga bila dengar suara abang e. dan aku agak, mesti rania dah bangun. Bukak mata. Tada...rania dan bapaknya...
Pandang rania dengan mata yang masih berat. Sungguh, mata nak tidur lagi. Usik-usik Rania sekejap. dah hilang ngantuk dan aku bersiap kot abang e nak hantar aku awal ke terminal.
Tak lama lepas tu Kak Zizah pun bangun dengan Marsha...Comelnyerrrrr budak tembam tu..
Pukul 8 lebih, abang e dan rania hantar aku ke putrajaya sentral. Kak zizah hantar marsha ke nurseri seblum pergi kerja. Rupanya abang e ambik cuti hari tu. Serba salah jugak. Tapi aku anggap je ni masa abang e bercuti dengan rania..hehehe..
Alhamdulilah jam 11 bas gerak. dan sungguh dalam bas, ada sesuatu yang buat aku teringat dan buat aku kembali menguatkan diri. Alhamdulillah, ilmu masa di kelas hidayatus salikin sangat bermanfaat untuk kami amalkan..spontan doa untuk syeikh ahmad fahmi zamzam mendetik di hatiku...
Itu hanya coretan perjalanan ringkas sedangkan coretan ilmu di kelas pengajian akbar kitab hidayatus salikin belum aku kongsikan..insya-allah akan aku kongsikan dalam masa terdekat..
Dan, semoga allah membalas kebaikan mereka yang membantu aku dari awalnya niat untuk ke majlis ilmu ini sehingga la ke akhirnya..semoga Allah memberi kebaikan, rahmat, petunjuk, perlindungan dan kasih sayang allah pada mereka. Sungguh, mereka ini terlalu ramai dan terlalu bermakna untukku. Setiap pertolongan itu sungguh besar ertinya untuk aku dan hanya Allah yang Maha mengetahui..ALLLAHHU ROBBI, makbulkan doa kami..aamin ya robbal alamin...
No comments:
Post a Comment