Alhamdulillah
alhamdulillah Alhamdulillah.
;).
Hehe..teringat sekolah..
Kehkeh..dah
bertahun-tahun tinggalkan sekolah. Bila tengok salinan sijil berhenti sekolah
tadi, rasa sayang sangat dengan sekolah yang cuma setahun je belajar kat situ.
Kuliyyah Al-Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar. Atau dalam bahasa melayunya.
Sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar (STASAB). Kalau budak-budak sekolah agama
dalam Pahang ni biasa panggil sekolah ni dengan singkatan ‘Kuliah’. Sampai dah jejak kaki kat mana-mana pun kalau
jumpa budak bekas sekolah agama, mesti tanya, “ambik stam kat kuliah ke?”. almaklum, belajar cuma setahun dengan bilangan pelajar yang ramai memang tak kenal semua.Ddan bila
orang luar dengar nama kuliah kan pelik. Sebab selalunya perkataan kuliah
difahami sebagai kelas. Hehe..tu la yang uniknya..hehehe
Setahun di
kuliah..Kadang-kadang abah hantar sampai kuantan dan dari kuantan ke pekan,
ambik bas lain. Kadang, bila abah rasa nak berjalan, abah yang hantar sampai
pekan. Sambil tengok-tengok daerah diraja ni..sempat la jugak masuk muzium.
Rasa jugak meremang bulu roma kalau masuk muzium masa tak ramai orang…dengan
ada patung yang disarung pakaian-pakaian tu.. hehe..mula la darah pengecut
terasa dipam-dipam dengan lajunya..hakhak..
Kenangan
macam-macam kenangan..korang pun ada kenangan dengan sekolah masing-masing dan
dah tentulah kita sayang sekolah kita. Tempat kita menimba ilmu, tempat kita
belajar kenal macam-macam kawan,(manusia), tempat pengalaman manis pahit segala
yang ajar kita jadi lebih matang dan faham..itulah proses kita. Proses kita
belajar…dan belajar bukan hanya bila di sekolah..Nak pulak, bila dah tak dalam tempoh belajar kat sekolah, ruang lingkup belajar jadi lebih luas dan berbeza daripada ruang
sekolah yang ada pagar-pagar tu.
Pagar
sekolah kehidupan..
Pagar itu
adalah iman. Keimanan yang memagari kita daripada melakukan perkara yang diluar
batasan. Iman yang turun naik tetapi boleh kita semai dan baja hingga hidup
subur dalam diri kita. Sebab kita makin berumur, makin sedar, makin faham dan
insya-allah ia pasti boleh subur. Malahan, jika lebih baik lagi, hingga mampu
memberi manfaat kepada manusia dan agama seluruhnya…
Malu aku ex
sekolah agama??
Ini antara dilema
bekas pelajar sekolah agama..ada yang malu nak mengaku pernah sekolah agama
satu masa dulu sebab diri sekarang tak macam dalam sekolah agama. Kadang tak la
teruk sangat. Cuma bertukar tudung. Dari tudung labuh ke tudung pendek. Dari
baju kurung ke seluar dan yang sewaktu dengannya. Pada aku, mereka ada alasan
tertentu asalkan sahaja tidak memburukkan agama.
Dan
masyarakat kita juga memang suka hukum orang..
“Sekolah
agama, tapi perangai tak macam sekolah agama.”
Waaaaa…pedih
ni kalau kena smash macam ni…huhuhu..sedeh..sungguh!! makan cili rasa pedas
kan? Ada tak cili tak pedas? Huhu…
Sekolah
memang tempat untuk mendidik, membina, membentuk manusia. Apatah lagi jika
sekolah tu sekolah agama. Jadi, jika pelajar tu tak berjaya dibentuk dengan
acuan agama seperti nama sekolahnya yang sekolah agama, maka siapakah yang
salah????
Ha, episod
tunding jari bermula.
Stop
it!!!!!
Tanggungjawab
semua orang ….
Orang yang
tunding jari tu pun bertanggungjawab..jangan nak menghina..tapi tegur dengan
baik..dan hati kita ni manusia lembut..dengan teguran berhemah, hati lembut tu
mampu dilunakkan dengan agama..
Lepas tu
bengang bila tegur sekali tak nak dengar..
Hehehe..
Tegur orang
bukan pakai sekali dua..
Ada gak
jenis cakap yang makan dalam. Ha yang tu
memang cakap sekali je dah boleh ingat sampai mati..
Kepada
adik-adik yang disekolah agama.. Rileksssss…jangan bengang dengan hafazan yang
banyak tu dan kalau sekalipun dah masuk kat sekolah agama tu sebab terpaksa
gilerrrrrr, tenangkan diri, ingat Allah. Betulkan niat dan Allah pasti bantu.
Mungkin suasana sekolah agama tu tak menyenangkan hati dengan budaya pandang
negatif pada budak yang sekali buat salah, kena hukum seumur hidup.. tapi
jangan lemah dengan perkara tu sebaliknya baiki diri dan bangkit jadi manusia
yang boleh dicontohi. Ambik peluang sementara ada dalam sekolah agama untuk
mengumpul ilmu agama dengan hikmah. Allah tak kan biarkan kita sendirian. Pasti
ada rezeki untuk kita. Pasti Allah tunjukkan jalan untuk kita….
Dan kepada
adik-adik yang ex sekolah agama..adik je ke? Hehe..akhi dan ukhti ex sekolah
agama.. seluruh kita manusia khalifah, apatah lagi bila ada ilmu agama perlu
untuk kita amalkan dan sampaikan kepada yang lain. Insya-allah, pasti boleh.
Ex?makanya,
pasti ada kesan yang ditinggalkan untuk kita untuk kita sampaikan kepada yang
lain pula.
Yang
namanya sekolah agama dan sekolah harian biasa..
A: “Kau tu
sekolah agama, cuba pakai baju elok-elok sikit.”
B: “Sekolah
je yang agama, ikut suka aku la…”
Huhuu..sekolah
agama berbeza dengan sekolah harian biasa dari sudut subjek, aliran dan secara
tak langsung pada peraturannya. (Dan sepatutnya, semua sekolah pun kena ikut
pada peraturan agama.) Makanya, secara langsung dan tak
langsung juga pelajar sekolah agama lebih terikat dengan peraturan dan
sayangnya peraturan itu hanya terlaksana dalam pagar sekolah.. dan bila
melepasi pagar itu, pelajar –pelajar sekolah agama sebahagian kecilnya lupa
pada peraturan itu.
Dan
sebenarnya, peraturan di sekolah agama patut dilaksanakan untuk semua sekolah. Kemudian barulah tiada beza antara yang sekolah agama dan sekolah harian
biasa. Yang beza pun hanya daripada sudut pelajaran, dan dari sini, pelajar
dari sekolah agama dan bukan sekolah agama boleh berkongsi dan bertukar ilmu dan
kemahiran.
Wallahu
a’alam…
No comments:
Post a Comment