mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Tuesday, 17 June 2014

Nikmat dari illahi

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..

Going to see apa isi hari ini sebab sekarang ni tengah sakit kepala. lenguh leher. Layan kan aje papan putih depan mata nih..Alhamdulillah, tadi dah beli benang, insya-allah, boleh mula jahit baju kak de,piqa dan rina.. Alhamdulillah, tadi for the first time, dapat masuk ke masjid Maran tuh. Sebab sebelum ni usha je dari jauh, usha keyakinan diri untuk bawak kete naik atas. Hehe..alhamdulillah.. Tadi pulak kat masjid ramai orang. Katanya ada program motivasi tuk budak sekolah..

Dan aku skip sekejap masa udpate blog ni untuk dapatkan idea dan Alhamdulillah, sakit kepala beransur hilang..alhamdulillah..

Pada setiap nikmat yang Allah beri, kadang kita lupa mengucap syukur. Walhal dengan permulaan kalimah Alhamdulillah itu insya-allah akan menghasilkan buah kesyukuran yang lebih mantap. Pada penterjemahan kesyukuran seorang hamba.

Hamba Allah yang hebat itu lebih lagi apabila ditimpa musibah juga dia mengucap Alhamdulillah dan tersenyum. Kuatkah kita menjadi hamba seperti itu? Mukmin yang hebat, dalam ujian itu dia bersabar, dalam nikmat itu dia bersyukur. 

Allah beri ujian, Allah beri nikmat. Dan pada manusia yang leka, ada istidraj. Nikmat yang Allah beri kepada hambanya yang alpa yang menyebabkan hambaNYA semakin jauh daripada DIA. Jangan tengok orang lain. Cek diri kita. Bagaimana kita menerima nikmat yang Allah beri? Semakin bersyukur? semakin menjauhi Allah? Semakin baik atau sebaliknya?

Sehari-hari menempuhi kehidupan yang biasa kita lalui. Apatah lagi jika duduk dalam zon yang selesa, kita mungkin terlupa pada nikmat yang ALLAH beri pada kita sedangkan ada seseorang tiada apa yang dikurniakan kepada kita? Kerana kita sudah selesa, dan malah, kita tidak hargai nikmat itu.

Pada nikmat kerja..sehari-harian merungut dengan kerja yang sama, dengan kerenah bos (terkecuali jika tidak menepati syariat), dengan rakan sekerja juga kerenah pelanggan yang bermacam ragam. Jadi, bagaimana??? Di sana salah, di situ salah...ada kekurangan, kelompangan, kecacatan, ketidaksenangan..jadi bagaimana???

Pertamanya, membetulkan niat untuk hadir ke tempat kerja, mencari nafkah, ibadah kepada ALLAH..

Keduanya, mempositifkan diri. Memandang kekurangan itu peluang untuk memperbaiki diri. Memperbaiki mutu kualiti tempat kerja..

Ketiganya, berbincang dengan mereka yang sepatutnya. Bukan bergosip. Mencari jalan penyelesaian secara brainstorming juga insya-allah pasti membuahkan hasil.

Keempatnya, hanya jika keadaan itu tersangat nazak pada segi syariatnya, jika sudah tidak mampu dibentuk dengan syariat, jika sudah tiada upaya, jika sudah lakukan pelbagai cara mengelak dan masih tetap sama, mungkin keluar dari situ adalah jalan penyelesaiannya. 

Setelah memohon petunjuk kepada Yang Maha Esa..menyelamatkan iman..

Segala usaha disertakan doa dan tawakal kepada Allah..Mohon kepada Allah yang satu yang maha mendengar segala isi hati...yakin kepada yang maha esa..

Dan jangan lupa untuk kembalikan segalanya kepada ALLAH..bersyukur atas setiap apa yang Allah beri kerana setiap sesuatu itu dikurnia pahala atau terkira sebagai dosa (nauzubilllahi min zalik). Makanya, gunakan masa kita sebaiknya untuk segalanya itu dikira ibadah oleh Allah, diberi redha oleh Allah kepada kita..insya-allah..

Bersyukurlah, Allah pasti tambahkan nikmat kepada kita. Dan janji Allah itu benar semuanya..

No comments:

Post a Comment