mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Friday, 20 June 2014

Cerpen..



Anis meletakkan beg sandangnya di atas almari kemudian duduk di tilam bujang. Kepalanya digerakkan ke kiri dan kanan.
Kriuk.
Lega. Kepalanya digerakkan lagi menghilangkah lenguh. Tiba-tiba nada dering mesej telefon bimbit kedengaran.
Selamat Malam. Tony akan membuat kutipan bayaran pada 5 Disember 2012. Anda masih berpeluang untuk mendapat potongan harga dalam tempoh tertentu. Tq.
 O13-3330000.
Spontan dia memandang mesin jahit mudah bawa yang elok terletak bawah almari solek.
“Hai la mesin. Kau kena baik-baik dengan aku tau. Mahal kau ni.” Dia menyentuh-nyentuh mesin jahit yang baru sahaja tiba dua minggu lepas. Kemudian, jemarinya menekan butang di telefon bimbitnya dan menyimpan nombor itu atas nama Tony.
*****
“Kak Chik, bangun. Buat sarapan ni.” Suara emak kedengaran. “Bangun anak dara oi. Macam mana nak jadi bini orang ni??”
Itu je la modal mak. Kawin, kawin kawin. Mak ingat anak dara dia ni terdesak sangat agaknya nak kawin.  Calon pun belum ada. Tapi, bila tengok senarai kawan-kawan dah bina rumah, tangga, siap ada beranda, terasa juga hati ni, Tapi bukan sebab tu je. Kot hati ni memang dah terasa nak jadi isteri orang kot. Anis bangun dengan malas. Keluar dari biliknya menapak ke dapur,  sambil membetulkan ikatan rambutnya.
“Bangun lewat. Nanti suami nak pergi kerja, nak makan apa? Kedai? Ha, buat lah perangai macam tu. Lari dengan mak cik kedai tu baru tau.” Emak yang sedang memasukkan baju-baju kotor ke dalam mesin basuh masih meneruskan kuliah tak bergajinya.
“Haish, mak ni. Doa macam tu pulak.” Anis sengih. Cuak juga rasanya.
“Dah, pergi buat sarapan. Ayah nak makan nanti.”
“Mak tak nak ke?” Anis mengusik. Emak mencebik.
“Ok, tak pe. Mak tak yah makan.” Anis  merajuk.  Emak hanya tersengih.
Usik-mengusik Anis dan emaknya memang sudah biasa. Hubungan yang erat antara anak dan ibu itu terkadang seperti sahabat baik.
*****
“Kak Chik ke Bandar dulu mak pagi ni. Tauke mesin tu nak datang esok, nak kutip duit. Nak pergi bank, keluarkan duit.” Anis membetulkan tudungnya. Emak yang sedang berehat di ruang tamu memerhati tingkah anak perempuannya itu.
“Lepas tu, Kak Chik terus pergi surau tau mak.”
“Ye la. Hati-hati nanti.” Kak Chik angguk faham.
Sementara mendapat kerja yang lebih baik, dia menerima tawaran kariah masjid untuk mengajar anak-anak di kampung mengaji. Kelas mengaji itu diadakan setiap hari, bermula pukul 2.30 sehingga pukul 5.  Bukanlah ajar mengaji ni tak baik, tetapi perancangan Anis, sekiranya nanti walaupun sudah diterima mendapat kerja yang lebih baik, dia akan cuba luangkan masa untuk mengajar anak-anak kampung itu mengaji.
******
Jam hampir menunjukkan pukul 2.30 dan kelas hampir penuh. Tidak ramai. Cuma 30 orang jika kedatangan penuh.
Sedang tekun mengajar, suara garau Opick kedengaran. Spontan, kepala kilas pada beg yang berzip.  Selalunya telefon itu ditutup atau diperlahankan. “Ops. Sekejap ye..” Anak murid hanya melihat tingkah gurunya itu.
“Sekejap ye.”
Dan mereka angguk.
Dia mencapai telefonnya. Bergerak keluar kelas. Tony.
“Hello. Cik Anis?”
“Ye saya.”
“I dah nak sampai ni tapi rumah you kat mana?”
“Hari ni?”
“Ye?”
“Bukan you kata esok ke?”
“I’m sorry. Kebetulan ada meeting kat KL. Kebetulan lalu. Boleh tak i ambik hari ni.”
“Owh ye ke? Boleh. Tapi saya tengah mengajar.”
“I tunggu je la.”
“Saya balik pukul 5.”
“Hem, i datang tempat you je la.”
“Ok. You kat mana sekarang?”
“Dekat dengan sekolah. Sekolah rendah.”
“Ok, dah tak jauh. You jalan terus, sampai nampak simpang tiga, you belok kanan. Nampak ada surau.”
“Ok. Kalau i sesat, i call you back.”
“Ok boss.”
Dan talian dimatikan. Kaki melangkah masuk ke dalam kelas.
“Wa, siapa tu ustazah? I you i you.” Suara nakal Iqbal mengusik. Haish, budak ni, Curi dengar la tu. Tingkap kaca yang dah tak de kacanya dan mungkin saja suaranya tadi agak kuat.
“Owh, tauke cina la. Ok..sambung kelas. Kita extend kelas 5 minit ganti masa saya bercakap kat phone tadi.”
“Alah....” Masing-masing mengeluh.
“Maaf ye. Tapi kita kena extend.”
“Tak pe lah ustazah. Kitaorang halalkan kan kan kan.” Farid mengetuai yang lain mengangguk.
“Tak pe. Lagi pun saya nak buat rumusan tajwid yang hari isnin. Untuk refreshment.
 Yesss” Masing-masing kembali bersemangat. Anis tersenyum.  Selalunya, kalau buat aktiviti refreshment ni baru lah anak-anak ni bersemangat sikit nak belajar. Jadinya, kena la dia tambah ilmu kekreatifan dalam mengajar. Tambahan, untuk ilmu tajwid ini, selalunya mudah sangat bosannya kalau sama je. Jadinya, dia kena cari kelainan. Dan setakat ini, Alhamdulillah, anak-anak itu masih seronok mengikuti pelajaran tesebut.
*****
Gema surah Al-asr kedengaran dan kemudian, pelajar perempuan menyalami tangannya.
“Terus pergi ambil wudhu’, duduk dalam saf. Hari ni siapa imam?”
“Safwan.” Serentak pelajar lelaki menjawab. Safwan sudah sengih segan.
“Ok. Nanti saya datang.”
Dan kemudian Anis mengemas bukunya. Tiba-tiba sebuah kereta elok memarkir di depan surau itu. Dilihat si pemandu yang sendirian. Wajah Chinene look. Wajah asing itu pastinya Tony. “Ya Allah, macam mana boleh lupa ni.” Anis keluar daripada kelas. Tony sudah pun keluar dari Toyota altis putih itu dengan satu fail di tangan.
Sorry, sorry. Saya terlupa. Kenapa tak call je bagitau you dah sampai?”
“I tengok macam khusyu’ sangat you mengajar.”
Anis sengih. Memang dia tak teringat langsung yang tadi Tony nak datang ke surau. Seronok sangat buat aktiviti dengan budak-budak. Tony pandang Anis di hadapannya.
“So you Cik Anis.”
“Ye saya.”
“Sila la.” Anis menjemput duduk di kerusi batu luar surau itu. Tony angguk. Tony mula mengeluarkan kepingan perjanjian pembelian dan ada alat kecil di atas meja.
“So, lepas you bayar baki deposit ni. You kena bayar lagi dua ribu lah.”
“Em, saya ada dapat mesej kata dapat potongan?”
Tony tersenyum. “Yer, Memang you dapat tapi kalau you bayar dalam tempoh sebulan dari tarikh you beli.”
Tony buka fail. Diselak dan melihat satu kepingan kertas. “Ok, you beli hari tu 1 Januari. Jadinya sebelum 1 Februari. Kalau you dapat bayar habis, you dapat potongan 400.”
“Jadi kalau saya bayar terus, saya cuma bayar 1,600.”
“Ye, macam tu lah. Pandai cikgu.”
Anis tersengih.
‘Pandai pulak tauke ni nak mengayat aku. Entah ke, memang itu la pun harganya. Haish, apa-apalah.’
“Hem, tengok lah.insya-allah, ada rezeki, saya cuba bayar habis sebelum 1 februari.”
“Hem, lagi cepat lagi baik.”
“Ye saya tahu. Tengok lah insya-allah ada rezeki.”
“Iyerlah, mana tahu ada rezeki lagi lepas ni.”
 Anis tersenyum.
“So, Em, ni.” Hana mengeluarkan not 100 sebanyak dua keping dari dompet nya. Dihulurkan kepada Tony. Dan kemudian Tony mengambil alat kecil itu. Tidak lama kemudian, resit pembelian ditarik dihulurkan kepada Anis. Anis mengambil kertas kecil itu, dan diteliti sekejap.
“Hem, ok.” Anis angguk setuju setelah puas hati melihat resit itu.
“Ok lah. Apa-apa you boleh contact I.”
“Ok bos.”
Tony  tergelak.
“You ajar apa?”
“Ajar mengaji. Alquran. Kitab orang islam.”
“Ye, saya tahu la tu. You ingat saya tak tahu ka?”
“Yup, saya ingat you tak tau.”
“I tau lah. Dalam bahasa arab tu.”
“Owh, mana you tahu?”
“Rahsia.”
Anis angguk kecil. Macam tak kisah walaupun rasa nak tau sangat.
“Nanti you tahu.”
“You nak bagitau saya ke?” Teruja.
“Kalau you minat dengan I?”
Anis buat tak kisa.
“I ada kawan melayu, cina india. I taulah.”
Anis angguk lagi. Faham.
Anyway, thank you. Anytime you boleh contact i.”
“Beres boss. Insya-allah.”
“You sebut bahasa arab dengan i ke?”
“Yup. Maksudnya dengan izin Allah.”
 Tony angguk faham Allah itu siapa. Dan tidak lama kemudian motokar itu berlalu. Anis tersenyum.
“Moga rahmat dan hidayahMU dapat Kau berikan kepadanya ya Allah..AAMIIN....
*****
Setelah mencongak sendiri, melihat baki akaun bank, sumbangsih emak dan ayah juga gaji yang bakal masuk. Anis membuat keputusan.
Hello Tony, Saya Anis, saya bayar terus habis la. Saya bayar esok insya-allah.
Butang send ditekan. Nada dering mesej berbbunyi.
Ok cikgu. Bila you dah transfer you bagitau.
Dia tekan lagi keypad telefon yang begitu berjasa, hinggakan nombor dan hurufnya sudah dimamah jemari Anis.
Ok boss.
Dan malam itu dia tidur dengan lena. Hutang bakal dilangsaikan.
*****
Tidak sampai 5 minit urusan itu siap. Segera dia keluar dari ruang mesin ATM bank itu. Telefon bimbitnya diambil. Cepat dia mencari nama Tony. “Hello, Tony..”
“Ye. I la ni.”
“I dah siap bank in baki bayaran tu.”
“Ok, bila i boleh datang hantar resit?”
“You boleh datang bila-bila. Tapi call saya dulu la.”
“Eh, you tak kerja ke?”
“Sekarang cuti. Nak raya haji ni.”
“Kalau macam tu i datang masa raya boleh?”
“Ok, tapi lambat la i dapat resit.”
“Jangan risau lah, Semua ada dalam rekod. Tinggal klik saja.”
“Ok, tapi you call dulu sebelum datang kot i pergi beraya ke.”
“Ok cikgu.” Anis tersengih.
*****
Takbir bergema jelas kedengaran. Syahdu di pagi raya. Kebesaran Allah dipuji berkali-kali. Sehingga habis air di lautan pun tak kan cukup untuk memuji Allah, bahkan kalau ditambah 7 lautan lagi pun tak kan cukup. Allahu robbi, betapa agungnya Allah. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tony. Cepat Anis mengangkat “Hello.”
“Selamat hari raya.”
“Owh. Ye. Terima kasih.”
“Boleh i datang hari ni?”
“Em,...boleh le tak ye? Em...boleh la.”
“Kenapa? You sibuk ke? You pergi beraya?”
“Tak, cuma hari ni, ada sembelihan korban.”
“Wah, boleh i tengok?”
“You nak tengok?” Tak pening ke dia ni nanti?
“I datang sekarang ok?” “
“Eh, you bawak kereta elok-elok. Jalan sibuk. Lagipun, orang sembahyang dulu pagi ni.”
“Ok, sayang jugak you pada i.”
‘Eh, dia ni. Aku risau dia mati katak je. Mana aku nak dapat resit.’
“Ok lah. Jumpa nanti.” Dan talian dimatikan. Anis pening sendiri.
*****
Suasana dalam rumah kecoh. Adik beradik Anis semua pulang beraya untuk sambutan raya haji kali ini. Tambahan, ayah membuat korban tahun ini. Suara tangis si kecil, ada yang berlari, dengan kalut si ibu menyiapkan anak masing-masing. Yang lelaki bersibuk di luar rumah, bersedia untuk menyembelih. Anis menyikat rambut anak saudaranya. “Mak Achik, kakak nak tengok orang potong lembu boleh?” Si kecil 5 tahun itu bertanya.
“Dah tanya pada mama?” Soal Anis kemudian, memandang wajah kecil itu.
“Dah. Mama bagi.”
“Ayah?”
“Ayah bagi jugak.”
“Ok. Kakak tak takut?”
“Tak, sebab mama kata lembu tu masuk syurga.” 
“Pandainya kakak.” Anis mencium pipi anak saudaranya. Kemudian memimpin Kak Teh juga ada Kak Lang dan Usu Aisyah untuk keluar melihat sembelihan korban di bahagian halaman tepi rumah Lebai Hassan jiran sebelah. Setiap tahun pun, sembelihan korban dibuat di situ.
Baru sahaja menapak dia nampak seorang lelaki dalam pakaian melayu lengkap bersampin berjalan menuju ke rumahnya. Dia tahu juga Abang Syukri dan Abang Ngah ada di halaman rumah, sedang bersedia untuk ke rumah Lebai Hassan.
Masing-masing memandang hairan. Memang sangat hairan. Dengan muka tak da gaya orang melayu tapi pakai baju melayu. Siap bersongkok.
“Cari siapa?” Jelas kedengaran suara Abang Syukri .
“Anis.” Mereka terkejut.
Anis sudah berdiri di sebelah abangnya. Anak-anak saudara memandang Anis. Anis sendiri kehairanan. Siapa pulak? Tony ke? Tak kanlah dengan baju semacam gitu. Tapi..kot orang lain, yang pernah dia tunggu satu masa dulu. Dan pernah diimpikan insan itu hadir dalam suasana begini.
“Ye saya.” Anis menjawab kemudian.
“I tahu lah you.”
“Tony?”
“Iyer lah, I ni?”
 “Tony? You?”
“Ye, I la ni.” Dan songkok itu dicabut.
“Ya Allah, Tony. You. Betul la you.”
“Siapa pulak yang Kak Chik duk ber you you ni.” Soal Ayah.
“Ini lah ayah, yang Kak Chik bayar duit mesin dengan dia.” Anis menjawab.
“Yang beli mesin jahit tu?” Abang Ngah menyoal.
“Iyer.”
“Ada darah cina ke?” Soal Abang Ngah lagi.
“Saya memang cina.” Masing-masing pandang lelaki cina itu.
“Pak cik, boleh saya tengok orang sembelih lembu?” Soal Tony memandang orang yang Anis katakan sebagai ayah tadi. 
“Boleh, apa salahnya.”
“Haish, Kak Chik ni, bagi air dulu.” Abang Syukri pandang adik iparnya.
“Takpe, nanti saya minum banyak-banyak.” Mereka tergelak. Dan kemudian masing-masing menapak ke kawasan tepi belakang rumah. Beberapa orang kampung telah datang.
“Pak we Mak Achik ye?” Soal Kak Lang bila saja lelaki cina itu telah melangkah. Anis sambut sengih soalan Kak Lang.
“Tak lah, Dia bukan orang islam. Mana boleh jadi suami Mak Achik.”
“Kalau dia islam?”
 Anis sengih.
“Pandai-pandai je la Kak Lang ni.”
Kakak tiba-tiba menadah tangan.
“Kakak nak doa.” Anis tersenyum mengusap kepala si kecil itu. Kak Lang ikut tingkah kakak.
*****
“Hari raya korban ini sebagai satu tanda sifat kehambaan kita sebagai hamba Allah, sebagai orang Islam. Dalam quran ada kisah nabi ismail mengenai pengorbanan seorang ayah dan anak terhadap perintah Allah. Bagaimana sanggup seorang ayah mengorbankan anaknya dan seorang anak mengorbankan dirinya untuk disembelih ayahnya. Tetapi kerana adanya iman kepada Allah, yakin dengan perintah dan janji Allah, maka keduanya tanpa paksa dan penuh kasih dan cinta kepada Allah, keduanya saling merelakan. Dan kerana ketaatan itu juga Allah gantikan baginda dengan biri-biri. Dan sehingga hari ini, ia menjadi satu syariat islam yang penuh hikmah.” Ayah menerangkan kepada Tony petang itu. Seharian Tony di situ. Ayah membuka al-quran. Dibaca ayat quran denngan penuh tajwid dan tartil. Tiba-tiba kedengaran esakan Tony. Ayah meneruskan bacaan perlahan. Di ruang itu hanya ada ayah, Tony, dan kakak yang beria mahu mendengar cerita Atoknya.
“Pak cik, kenapa saya rasa macam ni?” Soal Tony. Air mata membasahi pipi.
“Allahu robbi, hati Tony lembut mendengar ayat-ayat Allah. Betapa Allah maha besar menjadikan kalimah suci ini untuk menyentuh jiwa sesiapa yang dikehenbakiNYA..” Tony mengesat air matanya.
“Kenapa saya tenang dengar nama Allah. Sebelum ni saya dah tahu banyak pasal islam, tapi kali ni hati saya....” Tony kehilangan kata-kata.
“Semoga Allah memberikan hidayah kapada Tony untuk kembali kepada fitrah.” Tony memandang ayah.
“Pak Cik, saya nak tahu lagi.”
Ayah tersenyum senang. “Kita rehat dulu. Dah nak masuk waktu asar ni, pak cik kena ke masjid. Tony boleh datang bila-bila masa.”
Tiba-tiba azan asar kedengaran. Air mata Tony mengalir laju. Dia teresak langsung. Bahunya terhenjut. Sebak Hana melihat. Air matanya bertakung menyaksikan kebesaran dan kasih sayang Allah di depan matanya. Ayah memeluk Tony. “Saya kena kembali pada Islam kan pak cik?” Ayah tidak memerikan jawapan. Hanya air mata kesyukuran. Air mata yang mengalir tenang, syukur kepada Allah. Allah yang mencipta hati, Allah jualah yang paling berkuasa menjaga hati. Makanya, mintalah kepada Allah. Pasti Allah beri.

4 comments:

  1. Wah...terbaikkk...tapi perasan tak...ada satu part tu watak Anis diambil alih oleh Hana...konfius jap baca,,.kekeke...apa pun Tahniah! percubaan yang bagus...teruskan ada bakat nih...:)

    ReplyDelete
  2. kehkeh...edit x habis tu..ni cerpen berkurun dalam simpanan...tu yang edit edit tapi tertinggal gak..huhu..

    ReplyDelete
  3. Terbaik lah.. Anis ke hana ker. Teruskan usaha

    ReplyDelete
  4. huhuhu...tq tq tq so much much much ;)

    ReplyDelete