Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...
baru lepas makan..alhamdulillah...
Mesti ramai yang dah maklum berita kanak-kanak yang dijumpai dalam sebuah rumah yang mana kanak-kanak tersebut kelihatannya cuma rangka tetapi masih bernyawa. Kalau sekali tengok, budak tu dah macam budak-budak pelarian kat afrika. Tetapi, hakikatnya, dia di Malaysia...Entah belum pasti samada kalau keluarganya sangat miskin atau mungkin ibu bapanya sangat bermasalah sehinggakan anak itu langsung dibiar begitu dengan pakaian yang hampir reput, yang dah berupa pakaian lagi. Entah berapa lama dia begitu?????
Melihat gambar itu, pastinya macam-macam perasaan..Sedih, geram, hairan, marah...
Aku sendiri tertanya, macam mana dia boleh begitu bertahan???? dari mana kekuatan itu???
Allahu robbi...
Engkau melihat dia, Engkau menjaga dia, Engkau memberinya nyawa...
Sedang dia adalah amanah untuk kedua ibu bapanya..
Allahu robbi...
Keistimewaannya, anugerah dariMU..
Ladang pahala untuk yang menyedar hikmah kejadian itu..
Bersyukurlah..di mana kita hari ini?
Berbaktilah..pelbagai cara kita, betulkan niat kita..
Ambil pengajaran atas setiap yang berlaku..
Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia melainkan segalanya itu ada balasannya..
Mendidik diri itu bukan makan masa satu hari dan .. tap! terus jadi baik, terus jadi soleh, solehah, mukmin, mukminah..tetapi setiap hari.. dan setiap hari itu, Allah akan sentiasa menguji...
Mengadu kepada Allah setiap segala sesuatu. Allah sungguh dekat dengan kita...dan Allah sangat sayang dengan kita..
Kekuatan kita adalah dengan bersama Allah..
Meletakkan Allah yang teratas, yang utama di dalam hati, di dalam amalan...
No comments:
Post a Comment