mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Thursday, 12 June 2014

semoga bermanfaat

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..
just wonder kenapa banyak sangat tidur ni? huhuhu..Padahal banyak kerja nak kena buat..
Alhamdulillah, dah bergerak jugak untuk tempahan dari kak de. Buat perlahan-lahan. Kadang macam blank je tengok kain banyak-banyak dan boleh jadi stress. Jadiknyer, kena slow and steady. Kalau tak, hancus la nanti...Tak tempahan sangat la. Keep learning untuk jahit baju dengan lebih baik dan lebih kemas..

Dan alkisahnya, esei aku masih tergendala. Bukak fail, edit sana sikit, sini sikit. Baca semula. Macam tak best je. Jadi tak yakin pulak nak hantar. Insya-allah, nak hantar jugak...


Alhamdulillah..no words but alhamdulillah untuk semua yang Allah beri pada aku. Alhamdulillah atas segalanya. Allah beri segalanya.. Keperitan menghadapi masa-masa lepas, Allah beri ganjaran. Ganjaran yang nampak dan ganjaran yang tak nampak but still, ganjaran tu ada. Penyayang kan Allah. Allah tak pernah sia-sia kan apa yang kita lalui dan apa yang kita lakukan. Tak kira perkara tu baik atau sebaliknya. Amal atau sebaliknya. Bila kita lakukan amal, insya-allah, Allah beri pahala, Allah beri rezeki, kesihatan yang baik, ketenangan, kegembiraan, keluarga yang harmoni, dan bila kita leka dengan dunia, kita tak dapat apa-apa, hanya sia-sia dengan masa yang leka, dan mungkin dapat dosa bila kita melakukan dosa samada dosa kecil atau besar. Allah Maha Pengampun bila mana kita memohon ampun atas dosa lepas, Allah suka kita kembali kepada Allah dan usaha laksanakan tugas sebagai khalifah dengan baik.

Sekejap aku teringat pengisisan kelas Kitab Hidayatus Salikin..allahu robbi, berkat ilmu yang disampaikan tuan guru. dan aku yakin pasti ramai lagi anak murid mengingati tiap pesan dan ajarannya..

Bila kita takut pada perkara lain, kita akan lari, tetapi bila kita takut dengan Allah, kita semakin menghampiri Allah.. nah, hebatkan..sayangnye Allah pada kita. Sentiasa ada dengan kita..yakinlah...

Ramai antara kita dan saya sendiri juga, mengetahui tetapi sukar sekali meyakini..
dan keyakinan itu perlu dipaksa juga untuk yakin. Sementara itu mencari ilmu dan mengenali Allah...
Allah Yang Maha Menciptakan segalanya.. Allah Yang mengizinkan segalanya berlaku. Allah Yang melindungi kita dan kita hanya ada Allah...

Katakan dalam hati, katakan pada diri, Aku ada Allah. Allah ada dengan aku. Allah dekat dengan aku, Allah melihat aku, Allah dengar keluhanku, Allah tolong aku..yakin, yakin yakin.. Allah sayang aku lebih daripada orang lain sayang aku..

Saat kita tidak kuat menghadapi segalanya, Allah tahu takat mana kekuatan kita. Allah tahu kelemahan kita, Allah tahu sejauh mana kita berusaha menguatkan hati dan langkah kaki.. Allah tahu semua.. jadi, bagaimana harus kita hadapi? bagaimana untuk kembali teguh?? bagaimana? dari mana kekuatan ini untuk terus melangkah????

Allah. Allah.. Allah..kembali kepada Allah yang satu. Allah yang satu, cuma satu dan DIA adalah Allah..Mengadu kepadaNYA, kembali kepadaNYA..

Cek hubungan kita dengan Allah.. solat kita bagaimana? cukupkah 5 waktu? tertib kah? takat mana kualiti solat kita???

Cek hubungan kita dengan manusia.. pemarah kah kita? adakah kita disenangi mereka? (disenangi bukan untuk dipuji tetapi untuk harmoni), ada hati yang mungkin terasa..

Cek hubungan kita dengan haiwan dan tumbuhan..mungkiin ada hak-hak itu yang kita zalimi..

Ini bukan untuk kalian semata tetapi lebih lagi untk diriku yang hina..

Wallahu a'lam..


No comments:

Post a Comment