Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..
sebenarnya hari ini ada satu perasaan yang tak best.
Dan bila saya selidik dan saya boleh agak sebabnya kenapa?
Kenapa?
Nada saya masa bercakap dengan emak tadi tidak sepatutnya macam tu..
Mujahadah menjadi anak solehah itu tidak mudah dan bukan tidak boleh..
Setiap hari berazam untuk jadi anak solehah, melaksanakan apa yang emak suruh dengan tenang, dan memaniskan muka, bergurau dengan emak..
Dan setiap hari itu tidak berlalu dengan begitu sahaja melainkan dengan ujian daripada Tuhan..
Dan Allah membalas setiap itu setimpal dengan apa yang kita lakukan..
Ini peringatan untuk saya. Bahasa saya setiap kali pun sama je. Macam mana pun yang berlaku, itu lah juuga ayat-ayat yang saya ulang untuk diri saya. Dan ia bukan mudah untuk saya pegang dengan apa yang saya katakan.
Meyakini Tuhan.
Kita tahu tapi tak sedar. Kita tahu tetapi kita tidak yakin.. dan di akhirnya, kita biarkan semua itu berlaku tanpa kita ambil ibrah/ pengajaran untuk masa akan datang..
Taubat..
Allah Maha Penerima Taubat. Tinggi mana dosa, kita, jijik mana pun diri kita dengan dosa yang pernah kita buat dan bila sedar, cepat-cepat bertaubat, berhijrah.. Allah sedia menerima andai kita kembali kepada Allah..
No comments:
Post a Comment