mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Sunday, 15 June 2014

kelas pertama

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..

Alhamdulillah, tadi selamat pergi dan pulang belajar menjahit di Maran. Kelas yang diuruskan di bawah Empower Maran. Alhamdulillah...

Pendaftaran percuma, barangan yang diberi pun percuma. Cuma keluarkan duit minyak je nak pergi sana. Alhamdulillah..

Untuk pengetahuan, banyak kursus yang ditawarkan termasuklah, pembuatan pastri, makanan sejuk beku, komputer, teleworking, kimpalan, baiki telefon bimbit dan macam-macam lagi. Kursus ni diperkenalkan sebagai salah satu langkah untuk menaik taraf kehidupan penduduk luar bandar melalui kemahiran, seterusnya dapat menjana pendapatan masing-masing. Kursus yang dibawah projek Pembangunan Wilayah Pantai Timur ni, aku kira mendapat sambutan yang menggalakkan dan sangat 'hot'.. hehe...

Ramai yang datang belajar. Seronok, teruja, gembira dengan ilmu kemahiran yang diperoleh. Alhamdulillah. Moga ilmu ini juga bermanfaat untuk digunakan kelak. 

Disebabkan aku tak dapat datang kelas minggu lepas, jadinya minggu ni aku antara pelajar baru. Dan tadi, kami mula melakar di atas kertas A4 setelah mengambil ukuran badan masing-masing. Alhamdulillah.. mudah faham. 

Cikgu Siti Fatimah yang kelihatan garang tetapi baik. Aku tengok muka dia memang ada gaya muka garang tapi dia okey je. hehehe...aku takut jugak nak tanya tapi tengok dia okey je beri tunjuk ajar. Memang torbaekkkk la cikgu ni.. 

Aku tak de fon canggih nak tangkap gambar dan nak share kat sini. Jadinya aku cuma dapat menulis je la. Tapi kalau korang google, cara nak potong baju kurung ke, jubah ke, gaun budak ke, memang ada blog yang sangat bagus untuk korang tengok. Banyak jugak blos yang share ilmu menjahit secara details dan diaorang memang sangat pemurah ilmu. Free of charge oke. Asal korang baca betul-betul step dia, mesti boleh faham. Cuma untuk aku, aku memang kena berguru sebab aku lambat 'pikap' sikit bila tengok nombor-nombor ni. Pulak ada yang kena tambah, tolak bahagi.. hehehe.. Kadang-kadang yang kena tolak, tambah tu sebab nak buat basi kain. Dan untuk bahagi tu, sebab bila kita nak potong kain tu nanti kita lipat kain kepada 2 bahagian, maka, ada ukuran penuh yang perlu dibahagi 2 dan ada yang dibahagi 4 dan ada yang tak perlu dibahagi..

okeh, ni dua blog yang aku suka rujuk kalau nak review cara menjahit:

dan

ini> serihati

Insya-allah, bila korang dah minat dan nak tahu, korang mesti jumpa dan dapat faham ilmu, kemahiran ni.

Apa pun kita buat, betulkan niat kerana Allah, mencari dan mendapatkan keredhaan Allah...

No comments:

Post a Comment