mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Monday, 16 June 2014

Buku: Irkam Ma'ana (Naiklah Bersama Kami)

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
hari ini tibe-tibe rasa kesedihan. Terus mengalir air mata bila baca buku tulisan hilal asyraf tajuk 'Ikram ma'ana.' = Naiklah bersama kami. Tahu kan kisah nabi yang mengajak anaknya naik ke bahtera? Tetapi anaknya menolak untuk naik bersama. 

Aku pinjam buku tu dari library maran. Masa aku cari buku untuk dipinjam tadi, aku tak terbaca pun nama penulis tu, cuma tertarik dengan isinya. Tadi, aku pegang buku tu dan tengok muka depannnya.. "owh, hilal asyraf." Antara penulis islami yang menjadi kegemaran. Aku selak secara rawak dan kemudian, aku bermula dari muka hadapan. Sungguh, aku terkesan pada beberapa muka awal yang aku baca. Buku ni terbitan PTS Millenia. Boleh dapatkan terus pada PTS jika mungkin sukar untuk dapatkan di kedai-kedai buku .

boleh jugak dapatkan di sini


Aku sangat cadangkan pada korang untuk beli buku ni. Dengan harga yang cuma RM20 pastinya sangat berbaloi. Dan, kalau tengah promosi atau mungkin boleh dapatkan dengan harga yang lebih rendah. (tak termasuk kos penghantaran. Apa pun, tengok la ye) Sebanyak 231 muka surat dan dengan gaya bahasa yang mudah juga aku yakin, pasti sampai maksudnya kepada kita.

Ayat-ayat yang digunakan menaikkan semangat dan mengajak juga memujuk untuk bersama dalam bahtera keimanan. Merasai akan pengalaman menaiki bahtera walaupun sekadar membaca sebuah buku. Merasai seakan diajak untuk menaiki bahtera nabi nuh itu. Hebat. Padahal baru beberapa muka sahaja aku baca. Alhamdulillah, subhanallah. Alhamdulillah...

Antara yang un iknya buku ni sebab, kita merasai bahawa kita bersama dalam bahter tersebut. Dan kiranya, kita masih dalam golongan anak yang tidak mahu menaiki bahtera itu, sungguhnya, ayat-ayat yang ditulis seakan mengajak kita dengan lembut untuk sama-sama menaiki bahtera itu. Alhamdulillah. Pastinya, niat penulis itu yang baik dapat menyentuh hati untuk membaca seterusnya terkesan dengan buku ni.

Sempat aku selak secara rawak petang tadi.. tentang tarbiah diri di kala sendiri..

Kan kalau kita lebih kuat bila kita bersama. Jadi bagaimana pula bila kita sendiri sebab kita tak kan mungkin 24 jam bersama dia yang satu fikrah dengan kita.. tetapi kemudian, dinyatakan bahawa dengan iman kepada Allah, dengan yakin Allah melihat segalanya. 

Buku ini juga bagus untuk kita yang mahu berhijrah ke arah kebaikan? (Ada tak berhijrah ke arah keburukan? Tak sesuai rasanya untuk gunakan perkataan berhijrah jika dari baik kepada sebaliknya kan)

Untuk mengekalkan dalam keadaan yang baik. Tak dinafikan akan iman yang pasang surut tetapi, kembali meraih kekuatan iman. Insya-allah.

Dan lagi, buku ini menguatkan jati diri kita sebagai seorang islam, sebagai hamba Allah juga sebagai khalifah di atas muka bumi ini yang perlu melaksanakan tugas kita dan bukannya berdiam diri atas segala apa yang berlaku. 

Menjadi muslim secara praktikal dan bukan sekadar teori atau cakap kosong. Melaksana kebaikan dalam kehidupan dan menjauhi segala larangan Allah..

Insya-allah, buku ini pasti bermanfaat untuk sesiapa sahaja. 

Aku ingin sekali membeli buku ini untuk aku dan untuk berikan kepada dia. Insya-allah. Insya-allah. Buku ni jugak dah jadi dalam senarai untuk aku beli. 

No comments:

Post a Comment