mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Wednesday, 11 June 2014

manfaatnya Kitab Hidayatus Salikin

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..
Semoga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah..insya-allah, akan ku kongsikan ilmu yang aku ingat dan insya-allah pasti bermanfaat untuk kita bersama amalkannya..

Seperti post yang lepas, aku ada beritahu aku ke Masjid Wilayah Persekutuan. Program tu ialah Kelas Pengajian Akbar Kitab Hidayatus Salikin yang dianjurkan oleh Galeri Ilmu. Dengan kerjasama JAKIM, MAIWP, Maahad Derang dan beberapa agensi lain.. Alhamdulillah, majlis 4 hari 4 malam berlangsung dengan lancar. Alhamdulillah..

Pada hari pertama, Seminar Syeikh Abdus Samad AlFalimbani dan pemikirannya. Sungguh, dalam majlis ini, baru la aku mengerti mengapa begitu pentingnya kita mengetahui sejarah para ulama'. Betapa besarnya jasa dan pengorbanan para ulama' meneruskan usaha dakwah untuk islam kekal terus di muka bumi, untuk para generasi mengenali islam dan mengamalkan islam dengan cara yang benar. Menjejak asal Syeikh Abdus Samad Al Falimbani. Al Falimbani tu sebenarnya nama asal Syeikh Abdus Samad iaitu di Palembang. Ulama' nusantara yang syahid semasa memperjuangkan islam di siam ketika itu iaitu di Thailand. Makamnya sekarang sudah ditemui iaitu di Ban Trap, Songkhla. Insya-allah, dalam seminar ini juga, telah dipersetujui sebulat suara untuk mendirikan pondok pengajian kitab hidayatus salikin di tanah terdapatnya makam syeikh. Alhamdulillah. 

Aku tak reti nak gambarkan macam mana tapi, bila ada dalam seminar begini, berhadapan dengan para pembentang, nyatanya, aku faham, kenapa pentingnya penyebaran pada maklumat begini. Sebelum ni aku cuma 'like' saja di fb tanpa mengerti. Dan aku ada membaca sejarah, melihat di tv tentang ulama' tetapi tidak sampai ke hati mungkin dan tidak mengerti. Sehinggalah aku ke sini, dan alhamdulillah, rupanya, jasa mereka sungguh besar untuk umat. Seminar dibentang oleh Dr Khadher Ahmad, dari  akademi Pengajian Islam UM, Profesor Dr Ismail Bin Ishak Benjasmith Al Fatani dari Thailand dan Dr Mal An Abdullah dari Palembang Sumatera selatan, Indonesia.
Seronok dengan ilmu baru yang aku peroleh. Alhamdulillah..

Dan kemudian semasa sesi pengajian kitab..

Kitab Hidayatus Salikin merupakan kitab yang telah dikarang Syeikh Abdus Samad AlFalimbani. Dan telah disunting oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam. Dan beliaulah yang telah memberikan kami penjelasan (syarah) mengenai isi kandungan kitab ini kepada kami dengan lebih mudah difahami. Dibantu oleh anak muridnya.
Antara yang aku peroleh ialah:

Keberkatan ilmu dalam berguru.

Dalam zaman yang serba canggih bilamana segalanya di hujung jari anda, kenapa masih perlu kepada pengajian secara berhadapan dengan guru (talaqqi)? Kan lebih mudah menaip di laptop, bertanya kepada pakcik google..dan sesungguhnya..

bahawa hanya dengan bergoogle, tidak menjamin keterusan ilmu dan lebih lagi pada keberkatan ilmu. Setuju kiranya teknologi ini cuma satu wasilah (penyambung, jalan, cara)  untuk mendapatkan ilmu tetapi ia bukan yang utama. Dan itu lah yang aku pernah silap. Aku kira kalau aku boleh saja mendengar ceramah di youtube, membaca di laman web, membeli buku. Nyatanya, di kelas pengajian ini, syeikh memberitahu, bahawa, dalam kaedah bertalaqqi, selain ilmu yang diperoleh, ialah keberkatan ilmu..Keberkatan ilmu itu yang meneruskan kepada pengamalan, penghayatan ilmu yang diperoleh.

Semua tahu kan kalau guru itu darjatnya tinggi, guru itu mulia, dan lebih mulia lagi bilamana guru itu mengajarkan ilmu yang bermanfaat. Dan bila sahaja guru mendoakan kita, memberkati kita dengan ilmu yang disampaikan, Allahu robbi, insya-allah, hidup pasti akan berjaya.. 

Tertib mencari ilmu

Dan kemudian, kepada tertib mencari ilmu. Utamanya, sebagi muslim, kita perlu mencari ilmu agama. Siapa kata kalau ilmu bukan agama itu tidak bermanfaat, tetapi pada tertib (susunan) ilmu itu, ilmu agama adalah yang utama. Menjadi peguam pun, jika peguam beragama kan hebat? menjadi doktor, jika doktor beragama juga hebat. Malah sangat hebat. Jadi, mohon, tidak salah faham.Dari kecil diajar mengenal alif ba ta seterusnya, mengenal allah, rasul, islam dan seterusnya..kemudian terus dengan sampingan ilmu matematik sains segala, teruskan dengan meletakkan ilmu agama bersama dan utama..Insya-allah, semoga dapat diamalkan untuk diriku dan kalian juga, untuk keluarga kita juga, insya-allah.

 Adab

Selain itu, pada adab menuntut ilmu, adab mengajar murid...sebelum ini yang dipandang enteng oleh aku sebagai orang yang mengajar. Ada perkara yang aku silap. Dan yang benarnya ialah, seorang guru perlu mengajar adab kepada anak muridnya, bukan hanya ilmu dalam buku, tetapi ilmu kehidupan itu. Kerana kita hidup perlu beradab, sehingga dengan Allah juga kita perlu beradab, dengan malaikat dan makhluk lain di sekeliling kita.

Alhamdulillah, kemudian lagi, aku temui sesuatu yang mungkin boleh memberi kekuatan kepada kita semua untuk...

Mengamalkan solat malam, bagaimana kaedahnya...

Sebelum tidur, baca surah alkahfi dan pada 4 ayat terakhir niatkan untuk bangun pada jam berapa, minta Allah bangunkan dan insya-allah, Allah pasti kejutkan. Dan kaedahnya juga ialah, set alarm pada jam 4 contohnya, dan letak alarm itu di atas almari, bukan di bawah bantal. Sebab, kalau di bawah bantal, kebarangkalian untuk snooze dan quit itu tinggi berbanding di atas almari. Kalau di atas almari kan kita akan bangkit dan mungkin langsung kita ke bilik air? Langsung aku tersenyum dan angguk. Kiranya ini ilmu baru untuk aku yang selalu sahaja snooze dan quit bila dering itu memecah gegendang telinga...

Dan lagi, diajar cara solat sunat tasbih. Tahukan kalau solat sunat tasbih itu lama. Di akhirnya, syeikh kata, jika tidak selalu pun buat sekali. Kita sudah tahu dengan ilmu ini dan kita perlu beramal, sekurangnya satu kali. 

Allhu robbi, ini rupanya yang dimaksudkan. Ilmu yang kita tahu sepatutnya kita amalkan. Dan sangat rugi bila kita dah tahu sesuatu ilmu dan kita tak amalkan. Sekurangnya satu kali dan lebih baik banyak kali.. jangan sampai tidak sekali..mohon, kita sama-sama usaha laksanakan..insya-allah..

Pada amalan zikir...

Antara yang sempat dikongsi ialah
ketika berzikir,sambungkan antara satu kalimah dengan satu kalimah menjadi dua

contoh: la ila ha illallahu la ila ha illallah...
            La ila ha illallahu la ila ha illallah..

Contoh lagi : Allahu allah
                     allahu allah
                     allahu allah
dengan begitu, kelangsungan hati kita untuk terus berzikir itu lebih panjang dan lama berbanding menyebut satu, satu..dan masa praktik zikir, sungguh hati terkesan. Dan Allah maha mengetahui..

Teringat syeikh kata, kalau kita menangis hanya pada kesyahduan, kemerduan suara itu hanya sampai di situ sahaja, tidak dapat apa-apa, tetapi kiranya air mata itu menangis kerana menghayati akan kalimah tiapnya, itu lah yang terbaik..
Tingkatkan kualiti solat kita...

Keredhaan Allah..
Ulama yang sudah tinggi darjatnya mengharap keredhaan Allah semata. Sekalipun, ke dalam neraka, andai dengan redha Allah, mereka rela. Kemudian syeikh berikan satu contoh makhluk Allah yang didalam neraka tetapi dengan redha Allah.. Aku kemudian memikir. Apa? siapa? dan dia ialah malaikat yang menjaga pintu neraka...
Begitu tinggi tahap iman dan kasih mereka terhadap Allah..sedang kita masih terus perlu meningkatkan iman dan kasih kita kepada ALLAH..
Hanya mencari keredhaan Allah. Kiranya datang ke kelas pengajian ini juga perlu pada niat mencari redha Allah..hanya bila Allah redha, segalanya akan mudah, sekalipun pada sakitnya, sukarnya..

Istikharah

Pada keperluan melaksanakan istikharah di saat ada pilihan yang perlu dilakukan... pasti sekiranya melakukan istikharah, Allah tidak akan memberatkan, malah pasti diberikan Allah kebajikan akan istikharah yang telah dilakukan. Allah tahu yang terbaik...

Bersihkan hati

Sungguh, kitab hidayatus salikin ini memang pemula jalan kiranya mahu terus mengenali dengan kitab bidayatul hidayah.. pada ilmu membersihkan hati, kitab hidayatus salikin ini memang cukup sebagai permulaan dan sangat lengkap. Tidak hanya pada ilmu tasawuf tetapi merangkumi juga fiqah dan aqidah yang sangat tepat dengan mazhab syafi'e..membersihkan hati daripa gangguan syaitan itu tidak mudah malahan, syaitan sentiasa sahaja mencari ruang dan peluang masuk ke dalam hati yang lalai, hati yang tidak ikhlas.. bagaimana sahaja menghadirkan Allah sentiasa dalam hati kita sedang tiap masa kita dipenuhi, dikelilingi dengan dunia tanpa akhirat?

1) buang segala yang busuk, yang jahat, yang buruk dalam hati. bagaimana? istighfar dan menjauhi pintu kemaksiatan itu..

2?) penuhi hati dengan kebaikan, dengan zikir dan penuhi jadual harian dengan amal ibadah, dengan menuntut ilmu yang bermanfaat, dengan menjadi manusia yang berguna kepada ummat..

-tak kan boleh bercampur antara wangi dan busuk pada satu badan. Pasti yang busuk itu akan terhidu dan pasti wangian itu kan 'pelik' baunya.. makanya, buang dulu segala yang busuk dan gantikan dengan wangian. Dosa itu busuk dan hanya boleh dibuang dengan istighfar, istighfar, istighfar. Jika mampu berjumpa dengan orangnya, minta maaf, dan jika tiada kekuatan kerana bimbang akan ada kemudaratan lebih besar terjadi, cukup dengan bertaubat sungguh-sungguh, istighfar, dan sedekah niatkan untuk dia...
alhamdulillah...

Syaitan tidak menggoda para ulama dengan sebiji bola yang mampu melalaikan ramai manusia daripada melaksanakan kewajipan solat, tetapi syaitan menggoda mereka dengan ilmu yang mereka ada. Pada hati yang mungkin jadi riak, pada jiwa yang membangga. Syaitan itu kreatif, maka kita perlu lebih inovatif dalam mengurus hati kita...

Menata hati..aku suka ayat yang syeikh ahmad sebut..menata hati..i'm willing to use this kalimah insya-allah..

Wafatnya Baginda Nabi Muhammad S.A.W

Semua pun tahu rasulullah s.a.w merasa sakitnya saat roh keluar daripada badan. Seakan mungkin ada yang tertanya, kenapa baginda yang mulia itu disakiti? kenapa perli baginda, nabi muhammad s.a.w itu merasa sakit? kedudukanya mulia, kan boleh jika dia tidak merasa sakit begitu.. dan syeikh memberikan penjelasan bahawa, sakitnya rasulullah s.a.w saat menghadapi kematian ialah sebagai pelengkap pahala baginda nabi muhammad s.a.w. Baginda juga manusia yang melakukan ibadah kepada Allag walaupun telah dijamin masuk syurga, baginda juga tidak terlepas dengan ujian sebagai rasul, baginda juga sedari kecil menjadi yatim.. sakit itu sebagai pelengkap pahal untuk baginda rasulullah s.a.w.

Kesimpulannya.
Kitab hidayatus salikin (petunjuk jalan) sebagai permulaan untuk kita membersihkan hati. Bila mana hari ini terlalu banyak fitnah, terlalu banyak menunding jari. Kita lupa diri, kita lupa bersihkan hati, kita lupa cek hati. Kitab ini sangat banyak mengajar adab yang kita pandang enteng, yang kita tolak tepi sebab rasa kita hebat. Manusia yang mengejar nama, pangkat segala, melupakan adab dengan Tuhan, dengan malaikat, dengan Tuhan. Bukan beradab mengharap puji, tetapi redha illahi. Mendekatkan kita kepada Allah, insya-allah, dan sangat bermanfaat. Jika ada peluang dan ruang, ambil peluang dan ruang itu untuk mengaji kitab ini berguru dengan guru yang benar dan merasai manfaatnya dan keredhaan Allah pada ilmu yang terkandung.. insya-allah. Bila kita mencari, Allah pasti memberi.. Yakin!!! hanya pada Allah..
Kiranya, ada kesilapanku dalam penulisan ini, mohon ditegur..barokallahu fikum..


2 comments:

  1. Allah Hu Akbar...bertuah dapat menghadiri majlis2 ilmu begini ana...bila pergi kita boleh bertanya dan dapatkan pencerahan dengan jelas apa yang tidak kita fahami kan...?? moga ada izin Allah untuk akak menyertainya suatu hari nanti...Insya-Allah! terima kasih di atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..insyaallah, satu hari nnti, akak pun ada peluang untuk ikut sama..

      Delete