Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..
Teringat pengisian di Kelas Pengajian Kitab Hidayatus Salikin..
Ubat pada was-was itu ialah paksa.
Paksa..
Mungkin antara punca was-was ni bila hati tak khusyu' laksanakan ibadah..Dan memang sukar untuk meraih khusyu'. Kalau baca mana-mana sumber, jalan untuk khusyu; bermula dari mengambil wudhu' lagi, malahan lebih hebat ialah pada menjaga makanan, dan 30-45 minit sebelum masuk waktu solat, elakkan daripada melihat, terlibat dengan sesuatu yang mungkin boleh melalaikan kita ketika solat nanti. Bayangkan sebelum masuk waktu solat, agak-agak 30 minit sebelum azan, duk tengok drama yang bukan-bukan. Mestilah terbayang-bayang masa solat tu kehenseman lelaki tu,. kecantikan perempuan tu, konflik-konflik yang ada hingga sampai satu tahap boleh jadi 'pengarah' pulak pada cerita tu dalam waktu solat...
Insya-allah, kita sama-sama cuba..
Dan memang kita kena paksa untuk meraih khusyu', kena memaksa diri untuk mengelak was-was. Syaitan yang sentiasa berbisik, sudah ke belum? sudah ke belum? dua ke tiga? tiga ke empat? Paksa dan serah pada Allah...
Tapi, sebelum tu, usahakan lah untuk meraih khusyu'..
Pada makna setiap kali menyapu air pada tiap anggota wudhu'. Kita mengambil wudhu' bukan setakat membasuh zahir muka, tangan, kepala, telinga dan kaki, tetapi membasuh hati dan membasuh dosa pada anggota badan yang pernah kita 'zalim' dengan melakukan dosa melalui anggota itu. Doa saat basuh muka, membasuh tangan, kepala, telinga dan kaki. Insya-allah. bila kita memahami dan menelusuri makna itu, kita akan merasa bersihnya diri selesai sahaja berwudhu' disusuli pula doa selepas wudhu'..
Pada makna bacaan solat, pada keadaan tempat solat, pakaian...Bersih, tiada perkara yang melalaikan, telefon yang disenyapkan dan segala yang mungkin menganggu fokus solat, kita jauhkan..
Hakikat khusyu' itu ialah dalam keadaan apa pun, kita masih mampu khusyu dan tidak terganggu..Pada tengah ramai manusia pun, pada tahap bising mana pun, kita mampu fokus..tetapi, dek kita masih belajar untuk khusyu'. Makanya, kita perlu berada pada tempat yang mampu menjadikan kita khusyu'. Pada tiada bising bunyi lagu dan segala..
Sungguh, usaha itu dikira pahala dengan niat kerana Allah, mencari redha Allah..
Menjadi ikhlas juga kena paksa..
Menjadi redha juga kena paksa..
Paksa dalam erti kata belajar mendidik hati, menata hati untuk ikhlas dan redha..
Bukan mudah malah sangat payah, tetapi Allah tahu usaha kita..
Ikhlas menutup aurat, ikhlas untuk solat, ikhlas memberi, ikhlas beramal..
Redha menerima ujian, redha menerima kesukaran di saat terlalu sukar menerima..
Keep learning and have faith in HIM. ALLAH..ALLAH KNOWS
Kiut gitu coretan nih....like n like...memang banyak perkara kita kena paksa diri untuk buat jika kita nak capai apa yang kita inginkan...bila banyak sangat was-was itu pasal la tak menjadi kan?...hihihi...ni pun tengah duk paksa diri cari feel balik nak siapkan esei pengguna yang dah sekian lama tak disambung2 tu...masa makin singkat....komitmen makin banyak...ish3...fokus dan kena fokus juga siapkan...huhuhu
ReplyDeletekan..puas paksa diri sebenarnya..huhu..macam tau2 je kak. ni tengah sambung buat esei.. rehat kejap..chaiyok kak..fokus fokus...akak mesti boleh nye lah.. ;)
ReplyDelete